Harian Metro

Sasar kampung bebas jenayah

- Am@hmetro.com.my

Sebagai usaha menjadikan Kampung Tebongon, di sini, bebas daripada aktiviti jenayah, Penasihat Komuniti Polis Kemasyarak­atan Daerah Putatan dengan Pertubuhan Pencegahan Dadah dan Jenayah Sabah (PPJDS) mengadakan rondaan komuniti di kampung berkenaan, baru-baru ini.

Rondaan dan pemantauan itu diketuai Ketua Balai Polis Putatan, Sub Inspektor Ridewan Abdullah bersama lima anggota termasuk Inspektor Kehormat M Yazzer Mahmun yang juga pengamal media serta Penasihat Komuniti Polis Kemasyarak­ata Daerah Putatan, manakala PPJDS diketuai presidenny­a, Jofri Ibrahim.

Pada rondaan itu juga, Jofri turut menjelaska­n kepada pendudukan Kampung Tebongon terutama golongan remaja berkaitan bahayanya penyalahgu­naan dadah dan meminta supaya mereka bekerjasam­a dengan menyalurka­n sebarang maklumat berhubung aktiviti itu kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, penduduk di kampung berkenaan juga mengalu-alukan rondaan komuniti yang dilakukan itu dan menyambut baik cadangan bagi mewujudkan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di

 Penduduk sokong usaha rondaan PPJDS, polis kawasan selamat

kawasan mereka.

Ketua Kampung Tebongon, Mohd Yunus Sulaiman berkata, cadangan itu sangat sesuai berikutan belum ada lagi program seumpama itu di kampung berkenaan dan sekiranya ia dilaksanak­an, sudah pasti aktiviti jenayah di kawasan itu akan dapat dikurangka­n, di samping mewujudkan persekitar­an yang selamat kepada penduduk di situ.

“Penubuhan KRT atau SRS ini juga dapat membantu pihak berkuasa dalam mencegah jenayah termasukla­h pecah rumah dan dadah,” katanya.

 ??  ?? PENDUDUK Kampung Tebongon mengalu-alukan usaha Balai Polis Putatan dan PPJDS melakukan rondaan komuniti di kampung berkenaan.
PENDUDUK Kampung Tebongon mengalu-alukan usaha Balai Polis Putatan dan PPJDS melakukan rondaan komuniti di kampung berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia