Harian Metro

Kuatkuasak­an peraturan baharu jamin kesejahter­aan Telok Melano

-

Kuching: Satu peraturan baru akan dikuatkuas­akan diTelok Melano bagi memastikan kawasan itu selamat dan bersih untuk pengunjung serta penduduk di kampung terakhir di penghujung sebelah barat daya Sarawak itu.

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, setakat ini kawasan pantai yang terletak bersebelah­an dengan wilayah Kalimantan Barat, Indonesia itu belum lagi mempunyai perundanga­n yang khusus berkaitan perkara itu.

“Selepas pelancaran jajaran Lebuhraya Pan Borneo yang menghubung­kan Telok Melano dengan Sematan, saya melihat kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai bukan sahaja masyarakat kita tetapi juga rakyat dari negara jiran, Indonesia.

“Malah, ada dalam kalangan mereka berniaga di situ tanpa lesen dan keadaan ini harus kita cegah kerana kita tidak mahu rakyat kita sendiri yang rugi terutamany­a penduduk di Telok Melano dalam menikmati pembanguna­n yang disediakan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaia­n geran projek kecil luar bandar (MRP) di Pusat Khidmat Parlimen Santubong, di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, dengan adanya peraturan baharu itu nanti, mereka yang ingin berniaga di kawasan tersebut perlu mendapatka­n lesen daripada Majlis Daerah Lundu (MDL).

“Jika rakyat Indonesia yang mahu berniaga di Telok Melano, mereka juga perlu mendapatka­n lesen dengan kadar lebih tinggi daripada peniaga tempatan dan masuk secara sah iaitu melalui pemeriksaa­n imigresen ke negeri ini dan bukan menggunaka­n jalan tikus.

“Mereka berniaga di tempat kita dan membawa balik keuntungan yang diperoleh di sini tetapi kita pula yang terpaksa mengutip sampah yang ditinggalk­an oleh mereka,” katanya.

Katanya, jika perkara itu tidak dicegah lebih awal, tidak mustahil pantai di Telok Melano akan menjadi lebih kotor berikutan sikap orang ramai dan peniaga yang mengabaika­n aspek kebersihan.

“Satu mesyuarat akan diadakan bersama semua agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membincang­kan peraturan baharu, keselamata­n dan kebersihan kawasan Telok Melano.

“Peraturan baharu itu nanti mungkin akan mengambil contoh pendekatan yang dilaksanak­an di Langkawi,” katanya.

 ??  ?? WAN Junaidi
WAN Junaidi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia