Harian Metro

AirAsia biayai kos bawa balik rakyat Malaysia

-

Syarikat penerbanga­n tambang murah AirAsia memberi khabar gembira buat keluarga 47 rakyat Malaysia yang kini ditahan di Penjara

Banteay Meanchey, Kemboja, apabila sedia menanggung kos membawa mereka balik ke tanah air.

Kesediaan AirAsia untuk menampung kos penerbanga­n itu dimaklumka­n Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dalam kenyataan yang diedarkan kepada media, kelmarin.

Wei Shien berkata, beliau akan ke Kemboja Rabu ini bersama delegasi media dan wakil ahli keluarga tahanan untuk meninjau sendiri keadaan tahanan terbabit.

“Pejabat Kedutaan Malaysia di Kemboja sudah berjaya mengatur lawatan delegasi kami ke Penjara Banteay Meanchey Rabu ini dan saya juga dimaklumka­n bahawa AirAsia akan turut sama menyertai Misi Menyelamat dan Membawa Pulang

Rakyat Malaysia di Kemboja itu.

“Saya amat berbangga kerana ramai yang tampil menghulurk­an pelbagai bentuk bantuan terutamany­a AirAsia yang akan membiayai kos membawa pulang semua rakyat Malaysia itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia