Harian Metro

6 lelaki kes samun ditahan

-

Enam lelaki ditahan kerana terbabit dalam kes samun seorang pekerja kilang perabot menerusi tiga serbuan berasingan di kawasan Manggatal, di sini, pada Khamis dan Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superinten­dan George Abd Rakman berkata, semua suspek berusia 19 hingga 39 tahun ditahan pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota

Kinabalu.

“Pada jam 4.25 pagi, Khamis lalu, mangsa yang dalam keadaan mabuk hendak menaiki keretanya di kawasan Manggatal sebelum didatangi kumpulan lelaki yang memukul mangsa hingga pengsan.

“Mangsa dibawa ke satu lokasi sebelum beg mengandung­i wang tunai RM8,000 dan telefon bimbitnya dilarikan suspek. Mangsa meminta tolong daripada orang awam untuk menghubung­i polis,” katanya di sini, semalam.

George berkata, mangsa yang cedera di kepala dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II untuk rawatan.

“Susulan kejadian itu, pada jam 10.30 malam hari yang sama, polis menahan seorang lelaki di restoran di CKS Manggatal, di sini.

“Hasil soal siasat ke atas suspek itu, keesokanny­a polis menahan lima lelaki yang terbabit dalam kes samun itu di Kampung Darau, Manggatal.

“Polis merampas barang yang disyaki hasil samun termasuk wang tunai RM214,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati wang tunai yang dilarikan suspek bernilai RM8,000 adalah wang untuk membeli barangan bagi membuat perabot dan juga wang gaji mangsa.

“Siasatan masih dijalankan dan empat daripada enam suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan curi kenderaan. Hasil saringan air kencing, semua suspek positif syabu,” katanya.

 ??  ?? GEORGE
GEORGE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia