Harian Metro

Tedung selar celah bumbung

-

Kota Marudu: Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas rumah didiami diceroboh ular tedung selar sepanjang tiga meter di Kampung Langkon Baru di sini, kelmarin.

Kehadiran reptilia itu disedari pemilik rumah dikenali sebagai Lapbin, 42, sebelum menghubung­i sepupunya Rosman Raskan, 40, untuk bantuan berikutan ular itu agresif.

Rosman berkata, sebaik dimaklumka­n mengenai kejadian itu, dia mendapatka­n bantuan anggota bomba kerana ular berbisa itu bersaiz besar.

“Saya yang menunggu bomba di simpang kampung bergerak ke rumah sepupu dan mendapati ular itu berada di celah bumbung.

“Mujur sepupu saya tidak diapa-apakan kerana keadaan rumahnya terlalu gelap untuk mengenal pasti kehadiran ular itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, sepupunya menyedari kehadiran reptilia itu ketika masuk ke dalam rumah dan terkejut apabila ular yang berada di ruang tamu cuba mematuknya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Rony Sikawan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 7.19 malam sebelum empat anggota serta kenderaan bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi mengambil masa 15 minit untuk menangkap reptilia seberat dua kilogram itu berikutan ular itu berada di celah bumbung.

“Pasukan bomba menangkapn­ya menggunaka­n peralatan khas dan operasi tamat jam 7.39 malam,” katanya.

 ??  ?? PASUKAN bomba menangkap ular tedung selar di Kampung Langkon Baru, Kota Marudu.
PASUKAN bomba menangkap ular tedung selar di Kampung Langkon Baru, Kota Marudu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia