Harian Metro

HILANG SEKELIP MATA

INKUES KEMATIAN ADIB

-

> Pemandu van EMRS, Ahmad Shahril Othman tidak menyedari saat Muhammad Adib Mohd Kassim hilang kerana keadaan kecoh apabila kenderaan itu diserang dan digoncang orang awam. Dalam inkues hari kedua semalam, dia memberitah­u tangan kirinya memegang stereng dan sebelah lagi memegang pintu daripada dibuka penyerang

Drebar EMRS cerita detik cemas ketika van senget ditolak jentera FRT

Kumpulan lelaki cuba buka pintu van dari luar Dalam keadaan jentera berpusing, saya tengok arwah tiada di sebelah, saya hanya nampak body (badan) jentera (FRT) dalam keadaan berpusing. Arwah tak ada di dalam (van)” Admad Shahril

Shah Alam

Seorang saksi memberitah­u Mahkamah Koroner di sini, Muhammad Adib Mohd Kassim hanya disedari sudah tiada dalam van Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) selepas bahagian depan kenderaan itu senget dan berpusing ke kanan akibat dilanggar jentera Fire Rescue Team (FRT) yang berada di depannya.

Pemandu van EMRS, Ahmad Shahril Othman, 36, berkata, kejadian itu berlaku terlalu pantas, hanya kira-kira 50 saat menyebabka­n bahagian kiri depan van berkenaan bergerak lalu bergesel dengan bahagian kanan belakang jentera FRT.

Saksi ketiga inkues itu berkata, ketika kejadian, dia tidak fokus ke arah bahagian kiri di mana Muhammad Adib berada memandangk­an sebelah tangannya memegang stereng manakala satu tangan lagi memegang pintu yang cuba dibuka oleh orang awam.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan pegawai pengendali inkues, Hamdan Hamzah pada hari kedua inkues kematian Muhammad Adib.

HAMDAN: Berapa lama jentera FRT tolak van sampai senget?

SHAHRIL: Jarak masa tak ingat. Masa terlalu pantas, tak sampai satu minit... kira-kira 50 saat.

HAMDAN: Kamu kata masa itu fokus kepada belah kanan. Apa yang berlaku sebelah kiri?

SHAHRIL: Tak perasan tapi bunyi ketukan dan riuh-rendah tak berhenti.

HAMDAN: Pada masa itu, apa yang kamu lihat tempat arwah sepanjang ditolak?

SHAHRIL: Masa itu, tak perasan apa-apa dah, start

(mula) mereka serbu. Saya tak perasan apa yang berlaku. Hanya ketukan selepas bunyi bising hingga jentera saya berpusing.

HAMDAN: Apa jadi selepas jentera itu berpusing?

SHAHRIL: Dalam keadaan jentera berpusing, saya tengok arwah tiada di sebelah, saya hanya nampak body (badan) jentera (FRT) dalam keadaan berpusing. Arwah tak ada di dalam (van).

Terdahulu, Ahmad Shahril berkata, ada sekumpulan 50 orang meluru dari arah depan van EMRS dan mengetuk serta menggoyang-goyangkan kenderaan dipandunya itu.

Selain itu, dia berkata, ada sekurang-kurangnya tiga orang awam berada di bahagian depan van berkenaan.

Ketika kejadian, dia menaiki van berkenaan bersama Muhammad Adib, manakala jentera FRT di depannya dinaiki tujuh anggota bomba yang lain.

Muhammad Adib, 24, anggota EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat

(BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarha­m Muhammad Adib menghembus­kan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Pada prosiding itu,

Hamdan turut dibantu Pegawai-pegawai Pengendali, Faten Hadni Khairuddin dan Zhafran Rahim.

Turut serta mengikuti inkues berkenaan adalah pihak berkepenti­ngan termasuk peguam keluarga Muhammad Adib, peguam yang mewakili Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Majlis Peguam.

Prosiding berlangsun­g di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

 ??  ?? KORONER Rofiah Mohamad (tengah) mendengar penjelasan Ahmad Shahril Othman (kanan) ketika melihat van EMRS di Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, semalam.
KORONER Rofiah Mohamad (tengah) mendengar penjelasan Ahmad Shahril Othman (kanan) ketika melihat van EMRS di Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, semalam.
 ??  ?? JENTERA FRT (belakang) dan Van EMRS mengalami kerosakan diserang kumpulan lelaki ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.
JENTERA FRT (belakang) dan Van EMRS mengalami kerosakan diserang kumpulan lelaki ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.
 ??  ?? ROFIAH melihat pakaian fire jacket yang kebiasaany­a dipakai anggota bomba ketika memadam kebakaran.
ROFIAH melihat pakaian fire jacket yang kebiasaany­a dipakai anggota bomba ketika memadam kebakaran.
 ??  ??
 ??  ?? PINTU van EMRS yang tercabut dipertonto­nkan kepada barisan peguam yang melawat ke Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, semalam.
PINTU van EMRS yang tercabut dipertonto­nkan kepada barisan peguam yang melawat ke Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia