Harian Metro

PULEH bertolak ansur

-

Shah Alam: “Jika tempat lain kena bayar dahulu baru boleh buat rawatan dialisis, tetapi saya lega Pusat Dialisis Al-Ehsan (PULEH) boleh bertolak ansur dalam aspek kewangan,” kata Noraini Shaharudin, 33.

Noraini berkata, sejak disahkan menghidap sakit buah pinggang pada penghujung tahun lalu dirinya buntu untuk melalui kehidupan mendatang, apatah lagi memikirkan kos dialisis yang perlu ditanggung setiap bulan.

“Saya berhenti kerja sejak menghidap penyakit ini kerana sukar berjalan dan perlu kerap menjalani rawatan dialisis.

“Suami pula hanya bekerja sebagai pemandu lori, jadi ini merunsingk­an kami,” katanya.

Menurutnya, kos rawatan untuk pesakit dialisis mencecah hampir RM2,000 untuk sebulan.

“Kos dialisis antara RM150 hingga RM250 untuk sekali sesi rawatan bergantung kepada tempat dialisis.

“Bayangkan saya perlu menjalani tiga kali rawatan seminggu, jadi sudah tentu kosnya boleh mencecah hampir RM2,000, belum termasuk caj pengangkut­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia