Harian Metro

Perketat SOP talian Nur

-

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperketa­tkan prosedur standard operasi (SOP) talian Nur bagi menangani kes kehilangan kanak-kanak di negara ini.

Ia susulan kejadian pembunuhan kejam kanak- kanak malang Siti Masitah Ibrahim, 11, di Pekan, Pahang yang mayatnya ditemui Sabtu lalu selepas hilang sejak 30 Januari lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis tidak memandang remeh jika berlaku sebarang kes kehilangan kanak-kanak tanpa mengira status kewarganeg­araan.

“Apa fungsi Nur alert? Kita menerima aduan tidak kira rakyat Malaysia atau bukan warganegar­a.

“PDRM selalu mengingatk­an siasatan ke atas kehilangan kanak-kanak dan orang tua ditangani secara serius.

“Laporan yang dibuat juga akan diambil kira dan tidak dipandang remeh,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Kem Batalion 4, Pasukan Gerakan Am di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan ada dakwaan talian Nur tidak diaktifkan polis pada 30 Januari lalu berhubung kehilangan Siti Masitah disebabkan status kewarganeg­araan mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia