Harian Metro

Selesai cara baik ikut saluran diplomatik

-

Sarawak yakin isu penahanan rakyat negeri ini di sebuah penjara di Kemboja sejak dua bulan lalu dapat diselesaik­an dengan baik melalui saluran diplomatik.

Malah, keyakinan itu juga bersandark­an hubungan baik antara Malaysia-Kemboja yang terjalin sejak sekian lama, selain berpegang kepada semangat ASEAN.

Katanya, kerajaan negeri meletakkan harapan tinggi kepada Kementeria­n Luar agar menyediaka­n khidmat guaman paling terbaik kepada rakyat Malaysia yang ditahan.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kerajaan negeri bersikap optimis dan yakin semua tahanan akan dibebaskan, seterusnya dibawa pulang ke tanah air dalam tempoh terdekat.

“Kerajaan Sarawak meletakkan harapan tinggi kepada Kerajaan Pusat, khususnya Wisma Putra untuk memastikan kelancaran usaha pembebasan semua warga Malaysia itu khususnya 44 anak Sarawak melalui proses sepatutnya, termasuk rundingan antara kedua-dua negara.

“Kita berharap mereka dapat dibebaskan segera, seterusnya dibawa pulang ke pangkuan keluarga yang sudah lama menunggu kepulangan mereka,” katanya di sini, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia