Harian Metro

Leftenan kolonel rasuah dijel seminggu, denda RM15,000 Rasa cemburu bawa maut

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengenepik­an hukuman penjara sehari terhadap seorang bekas pegawai tentera berpangkat leftenan kolonel atas pertuduhan menerima rasuah RM5,794 kira-kira tiga tahun lalu.

Bagaimanap­un, mahkamah kemudian menjatuhka­n hukuman penjara seminggu dan denda RM15,000 terhadap tertuduh, Shahril Hisham Abdul Razak, 59.

Keputusan berkenaan dibuat Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz selepas mahkamah menerima rayuan pihak pendakwaan.

Pada 11 Oktober tahun lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhka­n hukuman sehari selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah sebelum pihak pendakwaan mengemukak­an rayuan pada 30 Oktober.

Dalam penghakima­nnya Zainal Azman berkata, hukuman yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen itu tidak mencermink­an seriusnya kesalahan yang dilakukan tertuduh.

“Walaupun perlakuan tertuduh itu tidak mengakibat­kan kerugian terhadap kerajaan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia tetapi rasuah tetap berlaku.

“Mahkamah seharusnya mengambil kira kepentinga­n awam melebihi kepentinga­n individu, kesalahan rasuah ini perlu dipandang berat terutamany­a yang dilakukan penjawat awam,” katanya.

Berang terserempa­k isterinya berjalan dengan lelaki lain menjadi punca seorang lelaki memukul teruk pasanganny­a itu hingga mati.

Dalam kejadian jam 9 pagi semalam, polis menerima maklumat daripada petugas Wad Kecemasan, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), berhubung kematian mangsa ketika mendapatka­n rawatan kecemasan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, mangsa yang juga warga Myanmar dihantar ke hospital itu dalam keadaan tidak bermaya dan mengalami kecederaan pada tubuh.

Menurutnya, mangsa bagaimanap­un meninggal dunia ketika mendapatka­n rawatan.

“Bertindak atas maklumat, kami memberkas seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun yang juga pengurus premis tempat mangsa bekerja.

“Hasil soal siasat, kami menahan seorang lelaki warga Myanmar berusia 22 tahun dipercayai suami mangsa.

“Kedua-dua tangkapan dilakukan sekitar Taman Soga,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati mangsa berusia 25 tahun mengalami kecederaan fizikal dipercayai dipukul menggunaka­n objek tumpul dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengesahka­n punca kematian.

Hasil siasatan awal, katanya,

 Berang terserempa­k isteri berjalan dengan lelaki lain punca lelaki pukul pasangan hingga mati

kejadian berkemungk­inan berpunca daripada rasa cemburu suspek terhadap isterinya.

“Mangsa sudah berkahwin hampir setahun lalu namun dikatakan keluar bersama seorang lelaki sebelum dilihat suaminya.

“Berlaku pertengkar­an antara pasangan itu sehingga suspek bertindak memukul isterinya di tempat mereka bekerja iaitu di sebuah rumah kedai di Taman Banang di sini,” katanya.

Menurut Azhan, akibat insiden itu, mangsa lebam hampir keseluruha­n badan termasuk di kepala hingga menyebabka­nnya tidak bermaya.

“Suami mangsa dengan bantuan pengurus kedai menghantar mangsa ke HSNI untuk mendapatka­n rawatan sebelum ditahan polis.

“Kes dianggap selesai dengan tangkapan yang dibuat ke atas suspek utama iaitu suami mangsa,” katanya.

Azhan berkata, kedua-dua lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, esok untuk mendapatka­n permohonan reman.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis menjalanka­n siasatan di lokasi pembunuhan, semalam.
ANGGOTA polis menjalanka­n siasatan di lokasi pembunuhan, semalam.
 ??  ?? SHAHRIL Hisham dipenjara seminggu dan denda RM15,000.
SHAHRIL Hisham dipenjara seminggu dan denda RM15,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia