Harian Metro

Dua pemilik pusat jagaan didenda beroperasi tanpa berdaftar JKM

-

Dua pemilik pusat jagaan kanak-kanak masing-masing didenda RM4,000 dan RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini, semalam selepas mengaku salah beroperasi tanpa berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Majistret Zaridah Y

Abdul Jaapar menjatuhka­n hukuman itu ke atas Siti Syakirah Mukhtar dan Nurul Huda Ramli, masing-masing berusia 34 tahun selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan jurubahasa secara berasingan.

Mengikut pertuduhan, Siti Syakirah didakwa mengendali­kan Pusat Jagaan Ummi Insyirah yang tidak berdaftar mengikut Akta Pusat Jagaan 1993 di Taman Samarinda, Alor Gajah.

Mengikut fakta kes, pusat jagaan berkenaan yang beroperasi sejak 2013 itu menempatka­n 33 kanak-kanak.

Bagi pertuduhan ke atas Nurul Huda pula, dia didapati menjalanka­n operasi sama di Pusat Jagaan Qaseh Iman, yang beralamat di Jalan

Zamrud Taman Sri Permata.

Premis berkenaan, beroperasi sejak 2017 dan ketika serbuan dilakukan, terdapat 12 kanak-kanak di premis terbabit.

 ??  ?? NURUL Huda (kanan) dan Siti Syakirah membayar denda selepas mengaku bersalah premis tidak berdaftar dengan JKM.
NURUL Huda (kanan) dan Siti Syakirah membayar denda selepas mengaku bersalah premis tidak berdaftar dengan JKM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia