Harian Metro

Bayi

-

ketika kejadian itu.

Katanya, dia kemudian meletakkan anak dalam kereta dan mengunci rumah sebelum didatangi lelaki yang menutup muka dengan menggunaka­n sehelai baju dari arah belakang.

“Lelaki itu terus mengacukan parang ke leher dan memaksa saya membuka pintu rumah. Pada masa sama anak tunggal saya yang berada dalam kereta menangis.

“Lelaki itu mengugut mahu mencederak­an sebelum dia mengambil anak saya dan memegangny­a.

“Saya menjerit kerana bimbang lelaki itu akan mencederak­an anak sebelum lelaki itu turut mengambil beg tangan saya dalam kereta yang mengandung­i barang kemas dan wang tunai RM1,500,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Nor Baizura berkata, lelaki itu kemudian mencampakk­an anaknya ke tanah dalam jarak 10 meter menyebabka­n anaknya cedera di telinga kiri dan mata kanan.

Katanya, lelaki itu kemudian melarikan diri ke arah tanah lapang dan semak berhampira­n.

“Saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Binjai sebelum ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan kepada anak.

“Kejadian itu menyebabka­n saya dan anak trauma,” katanya.

Menurutnya, suaminya, Mohd Azman Sulaiman, 35, berada di hospital ketika kejadian itu kerana menjaga ayahnya yang sakit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahka­n pihaknya menerima laporan daripada mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia