Harian Metro

Arowana pengganti arwah di balai

-

Arowana milik anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang diambil di rumah sewa arwah kini menjadi ahli keluarga Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Timbalan Penguasa Bomba Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman, berkata, ikan daripada spesies mahal itu sebagai tanda ingatan dan kenangan manis JBPM Subang Jaya bersama Muhammad Adib.

“Kami memohon kebenaran ayah Muhammad Adib (Mohd Kassim Abdul Hamid) untuk mengambil ikan yang dibela arwah di rumah sewanya di Subang Jaya.

“Ikan berkenaan dipelihara dalam sebuah akuarium yang ditempatka­n dalam Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya.

“Ini sebagai kesinambun­gan kepada kenangan kami sepanjang bertugas bersama Muhammad Adib,” katanya ketika ditemui di JBPM Subang Jaya, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Syed Shahril Anuar berkata, pihaknya mengambil ikan daripada spesies termahal itu beberapa hari selepas Muhammad Adib menghembus­kan nafas di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

“Ketika kami mengambil ikan ini, ia hanya sebesar tapak tangan tapi kini ia sudahpun membesar.

“Kami kini dalam proses membuat satu memorial bagi Muhammad Adib dengan menempatka­n pakaian seragam serta helmet yang dipakainya sepanjang bertugas dengan bomba,” katanya.

 ??  ?? SYED Shahril menunjukka­n arowana yang diambil dari rumah sewa arwah.
SYED Shahril menunjukka­n arowana yang diambil dari rumah sewa arwah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia