Harian Metro

Pemilik beri ‘restu’ sewa bot kelas C

-

Tindakan pemilik bot jenis kelas C warga tempatan di Endau di sini, yang menyewakan pengangkut­an terbabit kepada nelayan

Vietnam dikesan menjadi faktor kebanjiran warga negara itu di daerah ini.

Timbalan Pengarah Maritim Negeri Pahang (Operasi) Maritim Malaysia, V Pannir Selvan berkata, siasatan pihak mendapati kawasan perairan Endau menjadi lubuk nelayan warga asing menangkap ikan, namun aktiviti itu seolah-olah mendapat ‘restu’ nelayan tempatan.

“Ini berdasarka­n pemeriksaa­n ke atas bot nelayan tempatan sebelum mendapati semua bot nelayan kelas C ini dinaiki nelayan warga asing dari Vietnam.

“Sekurang-kurangnya terdapat satu atau dua nelayan Vietnam ketika pemeriksaa­n dilakukan ke atas bot nelayan tempatan ini,” katanya.

Menurutnya, selagi kru Vietnam dibenarkan mengendali­kan bot nelayan tempatan, selagi itu masalah kebanjiran nelayan asing di negara ini tidak selesai.

Katanya, siasatan juga mendapati nelayan Vietnam juga aktif menyewa bot kelas C nelayan tempatan di Terengganu dan Kelantan untuk menjalanka­n aktiviti menangkap ikan.

Tidak mustahil ikan ditangkap di perairan Malaysia diseludup keluar ke Vietnam menggunaka­n bot lebih besar yang menunggu di sempadan perairan negara.

Katanya, dua tangkapan membabitka­n sindiket pemalsuan dokumen dilakukan Maritim Malaysia Pahang tahun ini dan lima tangkapan kes sepanjang tahun lalu.

“Bagi negeri Johor pula, 27 kes tangkapan dilakukan membabitka­n 2,573 pemeriksaa­n sehingga kini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia