Harian Metro

Tampil dan dapatkan cendol durian Musang King percuma setahun

-

“Hubungi saya kerana ada ganjaran untuk anda,” kata pemilik Raja Cendol

Taming Sari berhubung harga cendol durian

Musang King yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Muhammad Ariff Qayyum Mohd Zambri, 25, berkata dia mencari individu yang memuat naik gambar resit bayaran itu untuk mengucapka­n terima kasih selain bercadang memberi ganjaran.

“Saya amat berharap individu berkenaan dapat tampil dan berjumpa dengan membawa sekali resit pembelian asal sebagai bukti kerana saya mahu memberikan ganjaran cendol durian Musang King percuma selama setahun,” katanya ketika ditemui di gerainya di Menara Taming Sari di sini, semalam.

Difahamkan, sebelum kejadian individu berkenaan singgah makan cendol sebelum memuat naik resit bayaran yang tertera harga dikenakan.

Bagaimanap­un, gambar itu kemudian tular dan terdapat pengguna laman sosial mengatakan cendol durian Musang King itu dicaj pada harga tidak munasabah.

Harian Metro Jumaat lalu melaporkan pemilik Raja Cendol Taming Sari itu tidak tahu apa niat individu yang menularkan resit harga cendol durian Musang King yang didakwa terlalu mahal.

Muhammad Ariff berkata, dia menyedari harga cendol dari premisnya tular dan didakwa mahal sejak Sabtu selepas menerima pesanan dari WhatsApp.

Katanya, dia menganggap insiden yang berlaku ini sesuatu yang positif kerana harga yang ditetapkan adalah berpatutan.

 ??  ?? MUHAMMAD Ariff menunjukka­n cendol durian Musang King di Dataran
Menara Taming Sari, Banda Hilir.
MUHAMMAD Ariff menunjukka­n cendol durian Musang King di Dataran Menara Taming Sari, Banda Hilir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia