Di sekolah
masyarakat dan negara.
Dalam al-Quran ada tiga ayat yang menjelaskan mengenai rasuah. Antaranya Firman Allah yang bermaksud: “Barangsiapa memelihara kehidupan seseorang manusia, maka seakan-akan dia memelihara kehidupan semua manusia. Sesungguhnya Rasul kami telah datang kepada mereka dengan (membawa) keterangan yang jelas. Tetapi kemudian banyak di antara mereka setelah itu melampaui batas di bumi.” (Surah Al-Ma’idah: 32)
Perlu dijelaskan juga perbuatan rasuah iaitu saling melindungi dengan melakukan pemberian wang dan sebagainya akan menyebabkan kekacauan dan kerosakan di bumi ini. Sebagai contoh, bangunan yang dibuat tanpa piawaian dan wujudnya amalan rasuah akan menyebabkan kerosakan dan kehancuran.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang kafir, sebahagian mereka melindungi sebahagian yang lain. Jika kamu tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah (saling melindungi), nescaya akan terjadi kekacauan di bumi dan kerosakan yang besar. (Surah al-Anfal:73)
Akibat daripada perbuatan rasuah itu boleh menyebabkan kerosakan di darat dan di bumi. Perbuatan rasuah ini akan menyebabkan seseorang itu menjadikan tidak bertanggungjawab. Sifat amanah dan kejujuran tiada lagi dalam hatinya sewaktu melaksanakan pekerjaan.
Seterusnya, Allah berfirman yang bermaksud: “Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar.” (Surah Ar-Rum: 41)
Oleh itu, melalui PdPc di sekolah, guru boleh menekankan amanah sangat penting dalam pembanterasan rasuah. Usaha mencegah rasuah tidak terhenti setakat GTP 1.0 saja. Negara yang bebas rasuah memerlukan pelbagai cara dan kaedah untuk memastikan sesuatu kempen atau penguatkuasaan itu dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Antara langkahnya, mengurangkan kerenah birokrasi, pindaan terhadap undang-undang prosedur perkhidmatan awam, latihan kepada pegawai perolehan dan kajian pasaran perolehan. Kesedaran dalam kalangan penjawat awam yang rasuah boleh menghancurkan keluarga, masyarakat dan negara perlulah diingatkan selalu.
Jelas, amanah itu sangat penting terutama dalam menjalankan tugas seharian. Tanpa sifat amanah sesuatu pekerjaan itu tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Amanah mendatangkan rezeki yang halal dan berpanjangan serta diberkati Allah. Selain pendidikan, sokongan orang ramai juga sangat penting dalam usaha membanteras rasuah.
Penulis pemegang ijazah PhD Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)