Harian Metro

Parah ditetak bekas suami isteri cemburu

-

Seorang lelaki menerima tujuh jahitan di kepala selepas ditetak bekas suami isterinya kerana cemburu mangsa menikahi wanita terbabit dalam kejadian di ladang sawit, FELDA Sahabat 56 di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa Kasim Martin, 30, dikatakan sedang makan di kawasan tempatnya bekerja lalu didatangi suspek sambil membawa parang.

Suspek menyerang dan berlaku pergelutan antara mereka sebelum dileraikan beberapa pekerja di ladang berkenaan.

Mangsa yang cedera di kepala dan tangan kanan dibawa ke Klinik Kesihatan FELDA Sahabat 16 manakala suspek ditahan pekerja di ladang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, polis yang dimaklumka­n mengenai kejadian itu segera ke lokasi kejadian dan menahan suspek.

“Anggota polis turut merampas parang dipercayai digunakan ketika kejadian. Mangsa yang dirawat menerima tujuh jahitan di kepala selain luka di bahagian tangan kanan.

“Siasatan mendapati punca kejadian itu disebabkan suspek cemburu dengan mangsa yang berkahwin dengan bekas isterinya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, suspek berusia 25 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederak­an orang. Difahamkan, suspek dan bekas isterinya berkahwin sejak lima tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia