Harian Metro

Produk tradisiona­l dikesan ada racun berjadual

-

Kementeria­n Kesihatan menggesa orang ramai supaya tidak membeli dan menggunaka­n produk tradisiona­l Nan Bao (kapsul) kerana dikesan mengandung­i racun berjadual, sildenafil.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengesahka­n bahawa produk berkenaan sudah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuaratn­ya yang ke-331.

“PKBD mendapati produk berkenaan mengandung­i sildenafil yang tidak dibenarkan dalam formulasi produk tradisiona­l.

“Sildenafil adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk. Ubat yang mengandung­i sildenafil hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor.

“Penggunaan sildenafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabka­n kesan advers serius seperti penguranga­n atau kehilangan penglihata­n dan pendengara­n, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat berbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovask­ular seperti strok dan serangan jantung,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia