Harian Metro

Mangsa culik diselamatk­an

-

Kajang: Seorang lelaki warga Bangladesh berdepan trauma apabila diikat tangan, kaki dan mata oleh rakan senegarany­a sebelum disorok di sebuah rumah di Taman Mudun, di sini.

Bagaimanap­un, derita mangsa berakhir apabila lelaki itu diselamatk­an selepas polis menembak mati dua suspek dipercayai dalang sindiket penculikan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, awal pagi semalam.

Terdahulu, mangsa berusia 30-an diculik dua lelaki rakan senegarany­a pada 8 Februari lalu di Jinjang, Sentul, di sini.

Dalam kejadian jam 1.35 pagi, anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menyerbu rumah berkenaan susulan maklumat mengenai aktiviti suspek yang menjadikan premis itu sebagai lokasi menyembuny­ikan mangsa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, sepucuk pistol jenis Carl Walther 9mm dan sebilah parang yang digunakan suspek turut dirampas.

“Salah seorang suspek yang ditembak mati adalah dalang utama kumpulan terbabit. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia