Harian Metro

Dalang kerat, bunuh ditembak

Dua lelaki warga Bangladesh maut berbalas tembakan dengan polis

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Dua lelaki warga Bangladesh yang ditembak mati dipercayai mempunyai kaitan dengan kes bunuh lelaki senegara mereka di bawah jambatan Pasar Pudu Off Jalan Yew di sini, pada 13 Januari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai dua suspek berusia 30-an itu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes bunuh mangsa berkenaan.

“Ketika menjalanka­n siasatan, kami mendapat petunjuk baru bahawa dua suspek berkenaan juga terbabit dengan kegiatan menculik warga asing.

“Pada 8 Februari lalu, kami menerima laporan mengenai seorang lelaki warga Bangladesh diculik di Jalan Ipoh dan penculik meminta wang tebusan RM200,000 daripada keluargany­a yang berada di kampung,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mazlan berkata, berdasarka­n maklumat diperoleh, sepasukan pegawai dan anggota Unit Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Polis Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur membuat serbuan di sebuah rumah di Taman Mudun, Kajang, jam 1.35 pagi semalam yang dijadikan tempat mengurung mangsa.

“Ketika serbuan, pihak polis diancam dengan beberapa das tembakan yang dilepaskan suspek. Dalam kejadian berbalas tembakan itu, kedua-dua suspek ditembak mati.

“Anggota polis tidak menemui dokumen pengenalan diri pada kedua-dua suspek berkenaan.

“Dalam kejadian itu, polis berjaya menyelamat­kan mangsa culik yang berada di dalam sebuah bilik dalam rumah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, susulan itu, pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan berusia 30-an yang disyaki sebagai ahli sindiket penculikan di sekitar Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, pihak polis turut merampas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang dipercayai digunakan suspek untuk menculik mangsa.

Katanya, kedua-dua lelaki berkenaan kini direman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

“Siasatan lanjut dilakukan mendapati kedua-dua suspek

(yang ditembak mati) itu dipercayai terbabit dalam 13 kes penculikan warga Bangladesh di sekitar ibu kota membabitka­n kerugian wang tebusan dianggarka­n

berjumlah RM2.5 juta.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu diminta menghubung­i Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Yusman

Ab Ghani di talian 011-23128387 atau menghubung­i Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460522 sambungan 584/585,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis membawa satu daripada dua mayat warga Bangladesh yang ditembak mati dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Mudun, Kajang, awal pagi semalam.
ANGGOTA polis membawa satu daripada dua mayat warga Bangladesh yang ditembak mati dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Mudun, Kajang, awal pagi semalam.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 14 Januari lalu.
LAPORAN Harian Metro 14 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia