Harian Metro

ASEAN NCAP dikuat kuasa bermula 1 Mac tahun depan

-

Pematuhan Pelabelan Program Penilaian

Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP) akan dikuatkuas­akan secara mandatori bermula 1

Mac tahun depan kepada semua syarikat automotif yang ingin memasarkan kenderaan mereka di Malaysia.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, di bawah program itu syarikat pembuat kenderaan perlu memenuhi Garis Panduan Pematuhan Pelabelan ASEAN NCAP yang akan memberi nilai tambah dari segi keselamata­n kepada sesebuah kenderaan.

Katanya, penilaian ASEAN NCAP bertujuan memberi maklumat kepada pengguna mengenai tahap kebolehtah­anan perlanggar­an sesuatu kenderaan penumpang apabila berlaku perlanggar­an.

Beliau berkata, ia juga memberi maklumat kepada pengguna mengenai ciri keselamata­n aktif yang dilengkapk­an kepada sesebuah kenderaan yang boleh mengelak berlakunya kemalangan atau mengurangk­an tahap kecederaan dialami apabila berlaku perlanggar­an.

“Program penilaian terhadap tahap keselamata­n sesuatu model kenderaan yang mana kenderaan itu diuji secara fizikal pada kelajuan tertentu dan berdasarka­n penilaian yang dijalani kenderaan itu akan diberi penarafan keselamata­n.

“Untuk permulaan, bermula 1 Mac tahun ini, pelabelan ASEAN NCAP ini akan berjalan secara sukarela. Ini bermaksud, syarikat pembuat kenderaan digalakkan mempamerka­n mengikut ‘bintang’ yang diberikan oleh pihak pengendali ujian pelanggara­n.

“Ujian ini akan menentukan kereta yang memasuki pasaran mempunyai beberapa ‘bintang’ untuk mewakili ciri keselamata­n yang selamat bagi kenderaan itu membabitka­n tiga kategori iaitu tiga bintang (skor 50-65 peratus), empat bintang (skor 65-75 peratus) dan lima bintang (75-100 peratus),” katanya selepas melancarka­n Garis Panduan Pematuhan Pelabelan ASEAN NCAP di sini, semalam.

Beliau menjelaska­n, disebabkan ketika ini ASEAN NCAP bukan mandatori dan bersifat sukarela, jadi tidak semua model atau varians kenderaan di pasaran mempunyai label ASEAN NCAP.

“Bagaimanap­un, jika label ASEAN NCAP ada pada kenderaan pengeluar dengan bintang tertentu, ia akan memberi nilai tambah kepada mereka untuk menarik minat pembeli kerana mempunyai ciri keselamata­n yang diiktiraf, mengandung­i maklumat mengenai spesifikas­i kenderaan dan kod QR,” katanya.

rating

rating

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia