Harian Metro

Rakyat mula kecewa prestasi kerja PH: Kadir Jasin

-

Kuala Lumpur: Media sosial yang membantu kemenangan Pakatan Haraan (PH) akan menjatuhka­n PH sekiranya menteri, menteri besar, ketua menteri dan timbalan menteri melakukan kerja tidak senonoh, tidak cekap dan tidak mesra rakyat.

Peringatan itu diberikan wartawan veteran yang juga Ahli Majlis Pemimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk A Kadir Jasin melalui catatan di blog beliau, semalam.

“Kita tidak perlu berdolak-dalik semakin ramai rakyat jelata mula kecewa dengan prestasi kerajaan PH, termasuk dengan anggota Kabinet dan perkhidmat­an awam.

“Saya rasa ramai orang tahu Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri tidaklah terlalu gembira atau puas hati dengan prestasi anggota Kabinet.

“Boleh kata setiap kali beliau bersemuka dengan orang ramai dan wartawan, beliau ditanya berkenaan ketidakcek­apan menteri, menteri yang jarang melawat rakyat jelata, menteri yang asyik berswafoto dengan pegawai sendiri, menteri yang susah ditemui dan menteri yang tidak bercakap benar mengenai hal peribadi,” katanya.

 ?? A Kadir Jasin ?? Saya rasa ramai orang tahu Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri tidaklah terlalu gembira atau puas hati dengan prestasi anggota Kabinet”
A Kadir Jasin Saya rasa ramai orang tahu Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri tidaklah terlalu gembira atau puas hati dengan prestasi anggota Kabinet”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia