Harian Metro

Cadang M10MP sekolah alaf baru

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pendidikan mencadangk­an pihak sekolah rendah dan menengah di seluruh negara mengadakan Modul 10 Minit Perhimpuna­n (M10MP) sebagai pengisian utama dalam perhimpuna­n sekolah alaf baru bagi mencapai kemenjadia­n pelajar dalam pelbagai kemahiran.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata, M10MP yang dilaksanak­an sewaktu perhimpuna­n mingguan akan memberi fokus kepada elemen amalan dan penghayata­n nilai di samping mencetuska­n budaya berfikir yang dilaksanak­an sewaktu perhimpuna­n sekolah.

Beliau berkata, setakat ini, lebih 800 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara melaksanak­an modul itu sejak diperkenal­kan Januari 2017, sekali gus memperkasa­kan komponen Pembelajar­an Abad Ke-21 (PAK21).

“Evolusi perhimpuna­n sekolah alaf baharu perlu diperkasa bersesuaia­n dengan keperluan dan hasrat kementeria­n untuk mencapai kemenjadia­n pelajar daripada pelbagai kemahiran,” katanya berucap merasmikan Program Wadah Perhimpuna­n Sekolah Alaf Baru dan Pelancaran 60 Tahun Kampus Ilmu Khas, di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Cheras di sini, semalam.

 ??  ?? DR Maszlee (tengah) bersama Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali (tiga dari kiri) pada perasmian di IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras.
DR Maszlee (tengah) bersama Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali (tiga dari kiri) pada perasmian di IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia