Harian Metro

Khalid dedah kontrak kerja DBKL dikuasai pihak tertentu

-

Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad mendedahka­n ada kontrak kerja di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikuasai pihak tertentu berikutan kebocoran senarai syarikat yang berjaya memperoleh tender untuk membersihk­an sungai di sekitar Kuala Lumpur.

Beliau berkata, syarikat yang berjaya mendapat tender itu pada 28 Januari lalu tanpa sebarang paparan senarai dalam domain awam.

“Pada hari berikutnya iaitu 29 Januari, senarai syarikat yang berjaya menjadi tular di media sosial termasuk melalui WhatsApp dan Facebook.

“Sehubungan itu, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memanggil sebahagian kakitangan di bahagian perolehan DBKL untuk memberikan kenyataan.

“Inilah yang saya pernah katakan mengenai ‘tangan yang tidak kelihatan’ yang masih cuba mengawal DBKL dan sekarang mereka berasa ‘panas’ kerana DBKL sedang melakukan proses pembersiha­n.

“Saya berjanji untuk membersihk­an DBKL daripada tangan yang tidak kelihatan itu dan memberikan keadilan kepada semua sama ada kontraktor lama atau baru untuk mendapatka­n projek DBKL,” katanya pada sidang media selepas ceramah majlis makan tengah hari di Menara Seri Wilayah di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia