Harian Metro

Lelaki ditahan curi mesin rumput

-

Seorang lelaki yang memecah masuk rumah di Kampung Pagar Museh, Karangan, Sabtu lalu akhirnya ditahan polis di kawasan kampung itu, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 2.40 petang disedari pemilik yang ketika itu pulang ke rumah dan mendapati pintu dapur berada dalam keadaan terkopak.

Selepas melakukan pemeriksaa­n di dalam rumah, pemilik mendapati mesin rumput galasnya hilang.

Ketua Polis Daerah Kulim Superinten­dan Ahmad Nasir Jaafar berkata, susulan kejadian itu, polis yang membuat rondaan cegah jenayah di kampung terbabit kelmarin mengesan suspek yang berusia 25 tahun itu sebelum menahannya jam 9.50 malam.

“Suspek yang berasal dari kampung berkenaan mengaku terbabit dalam kejadian itu selepas ditahan polis,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia