Harian Metro

4 kaki judi belangkas dicekup Rumah ranap angkara anai-anai

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@hmetro.com.my

Sekumpulan lelaki yang asyik bermain judi belangkas di belakang rumah di Kampung Lembah Palas, Changlun, bertempiar­an lari ke dalam semak selepas diserbu polis dalam satu operasi, kelmarin.

Bagaimanap­un, empat daripada mereka ditahan termasuk seorang berusia 41 tahun yang disyaki penganjur permainan judi itu dalam serbuan jam 6 petang.

Semua mereka berusia antara 34 hingga 60 tahun ditahan sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Mereka disyaki menjadikan kawasan itu sebagai port baharu untuk berjudi namun cubaan mereka dihidu pihak berkuasa yang kemudian menyerbu kawasan itu.

Angkara anai-anai dan tanah mendap, keseluruha­n dinding tepi sebuah rumah berusia 54 tahun runtuh di Jalan Berlian 1, Taman Berlian, Bagan Ajam di sini, tengah malam kelmarin.

Namun, dalam kejadian jam 12.30 malam itu, tiada kecederaan dilaporkan.

Penyewa rumah itu, Karima Musa, 18, berkata, ketika kejadian dia berada di rumah bersama ibunya Hasina Shohi, 39, yang mengemas barang dan pakaian.

Menurutnya, mereka mengemas barang untuk berpindah kerana dinding rumah itu senget sejak seminggu lalu dan kelihatan tidak selamat.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi retakan sebelum melihat dinding rumah runtuh di jalan bersebelah­an.

“Saya yang panik ketika itu mencapai tangan ibu di ruang tamu sebelum melarikan diri bersamanya ke luar rumah, bimbang rumah itu akan runtuh,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, mereka menyewa di situ sejak dua tahun lalu bersama seorang lagi adik lelakinya yang ketika kejadian tiada di rumah.

Katanya, pemilik rumah berkenaan berada di Kuala Lumpur dan dimaklumka­n mengenai kejadian itu.

“Kami menyewa rumah ini dengan bayaran RM300 sebulan dan kami akan berpindah ke rumah lain yang terletak di jalan utama dengan kadar sewa RM450 sebulan,” katanya.

Sementara itu, jiran rumah berkenaan memberitah­u

 Penyewa kediaman sempat keluar selamatkan diri sejurus dinding runtuh

Harian Metro, rumah di situ adalah kuarters rumah jururawat dan sudah lama dibina di kawasan itu.

“Hampir keseluruha­n rumah dibuat dengan kayu dan ada antaranya diubah suai di bahagian depan dan belakang.

“Memang banyak masalah anai-anai di kawasan ini, malah saya membelanja­kan ribuan ringgit untuk menghapusk­an serangga perosak berkenaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN rumah di Taman Berlian yang runtuh akibat anai-anai dan tanah mendap.
KEADAAN rumah di Taman Berlian yang runtuh akibat anai-anai dan tanah mendap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia