Harian Metro

APMM cekup nelayan tangkap siput secara haram

-

Alor Setar: Enam nelayan tempatan ditahan bersama dua bot kelas A dinaiki mereka oleh anggota peronda Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) kerana dipercayai melakukan aktiviti menangkap siput secara haram, kelmarin.

Pengarah APMM Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, kedua-dua tangkapan itu dilakukan jam 10.30 malam pada jarak 0.5 batu nautika dari muara barat berhampira­n Pantai Kuala Sala, Yan.

Beliau berkata, pemeriksaa­n mendapati kedua-dua bot itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana tidak mengusahak­an sendiri bot berkenaan.

“Selain itu mereka didakwa kerana memiliki peralatan yang tidak dilesenkan iaitu tangguk tunda siput (sangkar besi),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mahmad Faizal berkata, peralatan yang dirampas termasuk dua set sangkar besi yang dianggarka­n bernilai RM6,000.

Beliau berkata, kedua-dua bot itu dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.

“Pihak kami juga mengharapk­an maklumat dan kerjasama orang ramai serta komuniti maritim supaya segera melaporkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim di perairan negara ini.

“Sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi APMM Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA APMM memeriksa bot yang dirampas kerana menangkap siput secara haram berhampira­n pantai Kuala Sala.
ANGGOTA APMM memeriksa bot yang dirampas kerana menangkap siput secara haram berhampira­n pantai Kuala Sala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia