Harian Metro

Lebih 40 tahun jual kuih

-

Lebih 40 tahun membuat kuih, air tangan Hajiah Sulaiman, 62, terus mendapat permintaan bukan sahaja daripada penduduk setempat, malah dari luar daerah ini.

Kuih seperti karipap, apam, donut dan kacang rengas yang disediakan ibu tunggal itu dinikmati penduduk sekitar Alor Gajah, sehingga warga Melaka, hingga ke Tampin, Simpang Ampat dan Masjid Tanah.

Terkenal dengan panggilan Mak Jah, dia mula berniaga sejak 1976 dan bertahan sehingga hari ini.

Katanya, biarpun zaman berubah, Hajiah tetap menyediaka­n kuih secara tradisiona­l termasuk menguli tepung menggunaka­n tangan sehingga mampu menghasilk­an lebih 300 kuih setiap hari.

“Setiap kuih yang dihasilkan dibayar 30 sen oleh peniaga dan terpulang kepada mereka untuk menjual pada harga dimahukan.

“Walaupun hanya 30 sen bagi setiap kuih, itu rezeki untuk saya. Untung kecil namun saya puas menyediaka­n kuih kepada masyarakat," katanya yang menetap

di Seri Bayu di sini.

 ??  ?? MAK Jah menunjukka­n inti karipap yang disediakan­nya.
MAK Jah menunjukka­n inti karipap yang disediakan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia