Harian Metro

Guru direman empat hari

-

Seorang guru lelaki direman empat hari semalam bagi membantu siasatan selepas dipercayai melakukan serangan seksual fizikal ke atas pelajar perempuann­ya.

Menurut sumber polis, lelaki berusia 59 tahun yang mengajar di sekolah berasrama penuh di Negeri Sembilan itu, membawa seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun bercuti ke Melaka pada 2 November tahun lalu.

Katanya, tindakan remaja berkenaan yang keluar dan bermalam di hotel bersama guru terbabit dikatakan tanpa pengetahua­n ibu bapanya.

“Ketika keluar bersiar-siar di bandar raya ini keesokan harinya mereka terserempa­k dengan seorang guru lain dari sekolah sama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, lelaki itu ditahan petang kelmarin ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk dirakam keterangan.

“Polis mendapat kebenaran reman oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh Dia direman empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia