Harian Metro

Ekonomi Malaysia diunjur berkembang perlahan

-

Ekonomi Malaysia dijangkaka­n bertahan pada tahap yang perlahan pada 4.6 peratus tahun ini, sama seperti yang diunjurkan bagi 2018, apabila persekitar­an global lebih mencabar dengan perlindung­an perdaganga­n yang berlarutan selain peningkata­n kadar faedah global.

Dalam notanya semalam, RHB Research berkata pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku keempat 2018 dijangkaka­n menyederha­na kepada 4.2 peratus tahun ke tahun, daripada 4.4 peratus pada suku ketiga.

Sementara itu, ia berkata pertumbuha­n Indeks Pengeluara­n Perindustr­ian Malaysia (IPP) bagi Disember meningkat 3.4 peratus tahun ke tahun, sejajar dengan anggaran firma penyelidik­an berkenaan, namun lebih tinggi daripada konsensus Bloomberg pada 2.7 peratus.

“Ini berlaku susulan pertumbuha­n pengeluara­n yang sejajar dengan peningkata­n eksport, manakala aktiviti perlombong­an melantun berbanding penurunan pada bulan sebelumnya,” katanya.

Bagaimanap­un, RHB Research berkata, peningkata­n pada akhir 2018 tidak dapat menghalang IPP daripada beralih kepada tahap tahunan paling lemah dalam tempoh tujuh tahun kepada 3.1 peratus susulan penurunan permintaan luar bagi barangan pembuatan selain gangguan bekalan dalam sektor perlombong­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia