Harian Metro

Perodua serah 100,000 model Myvi

-

Kuala Lumpur: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengumumka­n Perodua Myvi mencapai satu lagi kejayaan dengan lebih 100,000 unit model generasi ketiga itu berada di jalan raya kini.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata, pihaknya menyerahka­n lebih 100,000 unit model itu kepada pelanggan sejak pelancaran Perodua Myvi generasi ketiga pada November 2017 dengan purata lebih daripada 1,560 unit seminggu.

“Maklum balas dari pelanggan amat positif secara keseluruha­n dan ciri-ciri Myvi yang paling disukai adalah reka bentuk bergaya, praktikali­ti, mudah dipandu, kos pemilikan dan penyelengg­araan rendah.

“Begitu juga dengan ruang luas walaupun bersaiz sederhana serta ciri-ciri canggih yang biasanya hanya ada pada kenderaan mewah,” katanya.

Beliau berkata, Perodua Myvi adalah model yang paling berjaya dalam sejarah syarikat dengan Myvi generasi pertama diperkenal­kan pada 2005 ke pasaran Malaysia yang ketika itu didominasi kenderaan sedan.

“Menjelang 2013, ia mengatasi jualan keseluruha­n kenderaan Kancil (708,000 unit dari 1994 hingga 2009) dan setakat ini, kami menjual hampir 1.1 juta Myvi secara keseluruha­nnya,” katanya.

Zahari berkata, tempahan untuk Myvi generasi ketiga kini mencecah 150,000 dan Perodua akan terus bekerja keras memenuhi pesanan itu dalam tempoh masa sewajarnya.

“Kami mengucapka­n terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memilih Myvi dan ini memberi galakan serta motivasi kepada kami untuk terus melakukan penambahba­ikan bagi memberi perkhidmat­an yang lebih baik.

“Di Perodua, kami tidak pernah lupa bahawa kami adalah syarikat yang mengutamak­an insan

katanya.

Perodua menutup tirai 2018 dengan rekod jualan 227,243 kenderaan bagi menjadikan­nya syarikat pengeluar kenderaan terkemuka Malaysia 13 tahun berturut-turut.

 ??  ?? PERODUA Myvi generasi ketiga dapat sambutan sejak dilancarka­n.
PERODUA Myvi generasi ketiga dapat sambutan sejak dilancarka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia