Harian Metro

Jualan iPhone di China turun 20%

-

Jualan iPhone di China turun 20 peratus pada suku keempat 2018, manakala jualan telefon pintar Huawei meningkat 23 peratus, menurut data firma penyelidik­an industri IDC.

Laporan itu mendedahka­n penyusutan jualan di China selepas Ketua Pegawai Eksekutif Tim Cook menggarisk­an bahawa China adalah faktor utama yang menjurus Apple Inc merendahka­n unjuran jualan sukuan bulan lalu.

Angka itu menunjukka­n penurunan 19.9 peratus dalam penghantar­an telefon pintar Apple pada suku terakhir 2018 sementara Huawei meningkat 23.3 peratus.

Ini mengurangk­an penguasaan pasaran Apple kepada 11.5 peratus daripada 12.9 peratus pada tahun sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia