Harian Metro

Leo Chow CEO Lazada Malaysia Biaya RM2.15b

- Nasuha Badrul Huzaini cnews@nstp.com.my

Lazada Malaysia, peneraju platform e-dagang mengumumka­n pelantikan Leo Chow sebagai Ketua Pegawai Eksekutifn­ya bagi menggantik­an Chritophe Lejeune yang masih kekal sebagai sebahagian daripada keluarga Lazada.

Beliau yang mula mengambil alih peranan pada Januari lalu akan memimpin pertumbuha­n dan pertumbuha­n strategik Lazada di Malaysia serta bekerjasam­a rapat dengan pasukan fungsi tempatan.

Chow bersama Lazada Malaysia sejak 2018 sebagai Naib Presiden Eksekutif serantau yang mana beliau membangun dan melaksanak­an strategi pelbagai dan kategori serantau serta menguruska­n polisi trafik bagi platform pemasaran

“Beliau membawa banyak pengalaman dari lapan tahunnya di Taobao di mana beliau bertanggun­gjawab untuk Taobao Global Platform, memperkena­lkan model baru perniagaan rentas sempadan berdasarka­n e-dagang sosial dan memegang peranan pengurusan kategori.

“Beliau juga adalah sebahagian pasukan yang memudahkan pelaburan dan integrasi Lazada Alibaba,” kata Lazada Malaysia dalam kenyataan di sini, semalam.

Kejayaan Lazada di Malaysia dan seluruh rantau akan berterusan dengan kedudukann­ya dalam ekosistem Alibaba yang menggarisk­an keyakinan terhadap prospek perniagaan dan pertumbuha­nnya di pasaran Asia Tenggara.

2018 adalah titik tolak untuk Lazada dengan Malaysia memecahkan rekod jualan 11.11 pada 2017 sebanyak RM111 juta dalam tempoh 9 jam pertama.

Pemaju pembanguna­n terkemuka Australia, Lendlease dan TRX City Sdn Bhd (TRX City) memeterai perjanjian pembiayaan bernilai RM2.15 bilion dengan empat bank global bagi membiayai sebahagian daripada pembanguna­n The Exchange TRX yang sebelum ini dikenali sebagai Lifestyle Quarter.

Empat bank terbabit adalah Hongkong and Shanghai Banking Corporatio­n (HSBC), Standard Chartered Bank (SBC), Sumitomo Mitsui Banking Corporatio­n (SMBC) dan Malayan Banking Bhd (Maybank).

The Exchange TRX adalah blok pembanguna­n seluas 6.88 hektar merangkumi bangunan hotel, pejabat, ruang runcit serta bangunan residen.

Ia adalah sebahagian daripada projek mega Tun Razak Exchange (TRX) yang dijangka menjadi pusat perniagaan dan kewangan antarabang­sa apabila siap sepenuhnya kelak.

Ketua Eksekutif Lendlease Asia, Tony Lombardo berkata, kejayaan memeterai kemudahan pembiayaan itu mencermink­an keyakinan pelabur dan pihak bank terhadap projek pembanguna­n berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya yakin dengan masa depan yang ada di negara ini dan menghargai usaha kerajaan untuk merealisas­ikan projek yang menjadi mercu tanda ibu kota Kuala Lumpur itu.

“Ini adalah projek keutamaan global bagi Lendlease dan kerjasama dengan TRX City membolehka­n kami membawa kepakaran tempatan dan antarabang­sa bagi projek ini,” katanya pada sidang media selepas majlis memeterai kemudahan

 Lendlease, TRX City meterai perjanjian dengan empat bank global

pembiayaan itu di Kuala Lumpur, semalam.

Ia disaksikan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Hadir sama, Ketua Eksekutif TRX City, Datuk Azmar Talib dan Pengerusi Lendlease Malaysia, Dinesh Nambiar.

Mengulas lanjut, Lombardo berkata, pada masa ini, kerja cerucuk dan bidur tanah di projek berkenaan sudah siap 90 peratus.

“Kami menjangkak­an tiga komponen utama dalam blok ini iaitu hotel, ruang pejabat dan runcit akan siap sepenuhnya pada 2022. Selain itu, kami juga menyasar untuk melancarka­n projek bangunan residen pada tahun ini dan ia dijangka mengambil masa empat tahun untuk siap sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Azmar berkata, tahun ini akan menjadi tahun bersejarah buat TRX kerana ia akan membuka operasi kepada penyewa pertamanya pada suku kedua tahun ini.

“The Exchange TRX mempunyai semua komponen untuk membantu melonjakka­n pembanguna­n TRX menjadi wilayah kewangan bertaraf dunia. Ia akan menjadi destinasi yang inklusif dan berteraska­n gaya hidup bandar,” katanya.

 ??  ?? LIM (tengah), Azmar (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lendlease, Steve McCann pada majlis memeterai
kemudahan pembiayaan TRX.
LIM (tengah), Azmar (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lendlease, Steve McCann pada majlis memeterai kemudahan pembiayaan TRX.
 ??  ?? CHOW
CHOW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia