Harian Metro

Rayu pencuri jaga bonsai 400 tahun 14 JAM USUNG JENAZAH

- Agensi

Tokyo: Sepasang suami isteri merayu mereka yang mencuri tujuh pokok bonsai supaya menjaga ‘anak’ mereka dengan baik, termasuk sering menyiramny­a.

Malah, pasangan itu menawarkan panduan penjagaan kepada pencuri terbabit jika mereka memerlukan­nya.

BBC News yang menerik CNN, melaporkan pokok bonsai terbabit bernilai 13 juta yen (RM481,062) milik Seiji Limura dan isteri, Fuyumi, itu hilang dari taman mereka di Saitama, Tokyo, Jepun, bulan lalu.

Pasangan itu melalui Facebook pada 24 Januari lalu, merayu kepada si pencuri supaya tidak mengabaika­n penjagaan pokok terbabit.

Salah satu pokok bonsai yang dicuri itu jenis Shimpaku Juniper yang paling jarang ditemui dan bernilai tinggi kerana sudah berusia 400 tahun.

“Tidak dapat digambarka­n betapa sedihnya kami kerana pokok bernilai itu dicuri.

“Bonsai Shimpaku yang hidup selama 400 tahun memerlukan penjagaan teliti dan ia tidak boleh jika tidak disiram selama seminggu.

“Ia boleh hidup selamanya walaupun selepas kita mati. Saya minta sesiapa yang mencurinya dapat menjaganya dengan baik,” tulis Limura di Facebook.

Menurut Limura, walaupun sedih dengan kehilangan itu, dia dan isteri akan terus menjaga dan melindungi pokok bonsai yang masih ada.

Peminat dan pengumpul pokok bonsai yang membaca tulisan mereka turut bersimpati dengan kejadian berkenaan.

“Perbuatan ini tidak boleh dimaafkan. Pencuri ini tidak tahu nilai pokok bonsai. Kasih sayang yang dicurah terhadap pokok ini menjadi sia-sia,” tulis seorang netizen. - Agensi

Satu keluarga di Luwu Utara, Sulawesi Selatan, dekat sini, terpaksa mengusung jenazah seorang wanita sejauh 60 kilometer merentasi hutan selama 14 jam untuk dikebumika­n di kampung mereka yang terletak di kawasan terpencil berikutan tiada jalan boleh dilalui kenderaan beroda empat.

Menurut laporan Tribun News, wanita dikenali sebagai Ranti Tanta itu, meninggal dunia di Hospital Andi Djemma Masamba di Luwu Utara, pada 6 Februari lalu.

Rakaman video yang menunjukka­n jenazah Ranti diusung sekumpulan lelaki melalui kawasan hutan sejauh 60 kilometer, tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut laporan itu, keluarga Ranti berdepan kesulitan membawa jenazah wanita itu pulang ke kampung mereka di Desa Tedeboe, daerah Rampi, kerana tiada kemudahan jalan raya.

Satu-satunya perhubunga­n ke daerah itu ialah dengan menyewa pesawat kecil, namun keluarga Ranti tidak mampu.

Berikutan tiada pilihan, keluarga Ranti yang dibantu beberapa penduduk kampung mengambil keputusan mengusung jenazah dengan berjalan kaki.

Pada mulanya, jenazah Ranti dibawa menaiki ambulans selama lapan jam ke Desa Bada, Poso di Sulawesi Tengah sebelum diusung dengan berjalan kaki ke Desa Tedeboe.

Seorang penduduk, Darto Dasinga berkata, perjalanan itu mengambil masa

 Tidak dapat guna kenderaan ke Rampi, Indonesia kerana tiada kemudahan jalan raya

14 jam dan mereka berjalan tanpa henti.

“Kami bergilir-gilir mengusung jenazah melalui hutan tebal, gunung dan celahan batu serta tebing untuk sampai ke destinasi,” katanya.

Penduduk Roy Pathibang yang membuat rakaman video berkenaan memberitah­u, kejadian mengusung jenazah itu bukan kali pertama berlaku di kampung itu.

“Seingat saya hampir 10 kali kami mengusung jenazah pulang ke kampung kerana tiada jalan raya.

“Kami di Rampi kurang tersentuh dengan pembanguna­n. Penduduk juga menganggap mereka masih belum merdeka kerana tidak mendapat perhatian kerajaan,” katanya.

 ??  ?? PENUNJUK perasaan bertopeng mengheret
tayar yang dibakar ketika demonstras­i waktu malam di sempadan Israel dengan Gaza,
kelmarin. - AFP
PENUNJUK perasaan bertopeng mengheret tayar yang dibakar ketika demonstras­i waktu malam di sempadan Israel dengan Gaza, kelmarin. - AFP
 ??  ?? PETIKAN video menunjukka­n penduduk mengusung jenazah wanita untuk dibawa pulang ke kampungnya di Desa Tedeboe, daerah Rampi, Sulawesi Selatan. - Agensi
PETIKAN video menunjukka­n penduduk mengusung jenazah wanita untuk dibawa pulang ke kampungnya di Desa Tedeboe, daerah Rampi, Sulawesi Selatan. - Agensi
 ??  ?? BONSAI Shimpaku berusia 400 tahun yang turut dicuri. - Facebook Seiji Iimura
BONSAI Shimpaku berusia 400 tahun yang turut dicuri. - Facebook Seiji Iimura

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia