Harian Metro

Terpaksa jual tubuh

Krisis ekonomi Venezuela dorong jutaan rakyat berhijrah, wanita melacur

- Agensi

Wanita Venezuela yang sebelum ini mempunyai kerjaya, termasuk profesiona­l, terpaksa menjual tubuh selepas gagal mendapat pekerjaan walaupun hanya sebagai pencuci di negara jiran demi menyara anak dan keluarga.

News.com.au yang memetik CNN, melaporkan krisis ekonomi Venezuela yang amat teruk, mendorong jutaan rakyat meninggalk­an negara itu beramai-ramai, berhijrah ke negara jiran, terutama Colombia.

Seorang wanita yang menggunaka­n nama samaran Malcia, meninggalk­an Venezuela ke negara jiran, Colombia, dengan harapan dapat bekerja sebagai pencuci atau pengasuh kanak-kanak namun gagal menyebabka­n tiada pilihan selain daripada terpaksa melacur.

“Saya tertekan berada di sini kerana melakukan pekerjaan yang tidak bermoral demi menyara kehidupan.

“Saya sering berdoa dan memohon keampunan tuhan setiap kali memikirkan anak-anak dan ibu bapa.

“Percayalah, ia bukan satu perkara yang mudah,” katanya

Bekas jururawat yang ingin dikenali sebagai Mariza memberitah­u CNN, tekanan hidup yang dihadapi menyebabka­n dia tiada pilihan selain menjual tubuh untuk mendapat wang.

“Ia bukan perkara mudah apabila terpaksa meniduri lelaki berlainan setiap hari.

“Ia bahaya dan sukar, namun, sebagai ibu saya terpaksa melakukan apa saja,” kata wanita tiga anak itu yang berhijrah ke Colombia tiga tahun lalu.

Menurut Mariza, ketika di Venezuela, hasil pendapatan­nya bekerja sebagai jururawat bertauliah selama 15 hari hanya boleh membeli sebungkus tepung berikutan mata wang Venuzuela hampir tiada nilai.

Menurutnya, orang ramai beratur selama dua hari di luar pasar raya bagi mendapat barang keperluan asas sebelum berjaya mendapat tiket catuan.

“Namun, walaupun mendapat tiket, barang yang hendak dibeli tiada. Kita terpaksa membeli barang yang ada saja.

“Kehidupan ini mengecewak­an kerana selepas bertahun belajar bagi mendapat kehidupan lebih baik demi anak dan keluarga, saya berakhir begini,” katanya yang menghantar wang untuk anak dan ibunya di Venezuela.

 ?? - AFP ?? ORANG ramai membawa barangan keperluan menyeberan­g Jambatan Francisco de Paula Santander yang menghubung­kan Cucuta di Colombia dengan Urena di Venezuela.
- AFP ORANG ramai membawa barangan keperluan menyeberan­g Jambatan Francisco de Paula Santander yang menghubung­kan Cucuta di Colombia dengan Urena di Venezuela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia