Harian Metro

Taiwan punca pesawat New Zealand berpatah balik

-

Auckland: Punca pesawat Air New Zealand yang terpaksa berpatah balik ketika dalam penerbanga­n ke Shanghai selepas tidak dibenarkan mendarat di China minggu lalu, ialah kerana syarikat itu merujuk Taiwan sebagai negara bebas, bukannya wilayah.

Seramai 270 penumpang penerbanga­n NZ289 berang apabila pesawat itu yang berlepas dari Auckland sejurus sebelum tengah malam, Sabtu lalu, terpaksa berpatah balik dan mendarat semula di Auckland 10 jam kemudian.

Penerbanga­n itu dalam kenyataan kelmarin menyatakan, China enggan membenarka­n pesawat terbabit mendarat di Shanghai akibat kesilapan pentadbira­n syarikat.

Namun menurut laporan Daily Mail semalam, China tidak berpuas hati kerana Taiwan dirujuk sebagai negara dalam beberapa dokumen syarikat penerbanga­n itu.

Taiwan ditadbir secara bebas dari China sejak 1949, namun Beijing masih menganggap ia adalah wilayahnya.

Susulan itu, China enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan yang mengiktira­f Taiwan sebagai negara dan kini menyasar syarikat penerbanga­n yang berbuat demikian.

Tahun lalu, Qantas diberi tekanan sehingga menukar status Taiwan daripada ‘negara’ kepada ‘wilayah’ di laman webnya.

Menurut sumber, Air New Zealand sepatutnya melakukan perkara sama tetapi orang yang bertanggun­gjawab mungkin terlupa.

Sementara itu, Air New Zealand dalam satu kenyataan, meminta maaf kepada penumpangn­ya dan menyediaka­n penerbanga­n baru untuk membawa mereka ke Shanghai pada jam 11 pagi keesokanny­a. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia