Harian Metro

‘Berat Maksimum’ bertanding pilihan raya

-

Lombok: Seorang calon wakil dewan rakyat Lombok Tengah dalam pilihan raya umum Indonesia menjadi popular di media sosial bukan kerana manifesto yang ditawarkan­nya tetapi kerana namanya yang unik.

Bobot Maksimum, 24, menjadi popular kerana bobot bermaksud ‘berat’ tetapi pemuda itu hanya mempunyai berat 56 kilogram dengan ketinggian 168 sentimeter.

Jakarta Post melaporkan, kerana namanya yang unik itu, peniaga kedai runcit yang berasal dari kampung Kawo di daerah Pujut berkenaan menjadi popular di media sosial.

“Saya menaikkan papan iklan untuk kempen pilihan raya saya dan berkempen di media sosial. Orang ramai berkongsi gambar saya kerana nama saya yang unik,” katanya.

Ramai pengguna media sosial beranggapa­n itu bukan nama sebenarnya tetapi Bobot memberitah­u nama itu diberi ketika dia lahir dan dia ada dokumen pengenalan diri untuk membuktika­nnya.

Katanya, dia dilahirkan dengan kekurangan berat akibat penyakit dan hampir mati.

“Ibu bapa saya merancang untuk memberi saya nama Aryandika Putra Sentosa tetapi menukar kepada Bobot Maksimum sebagai doa supaya saya sihat,” jelasnya.

Pada mulanya dia sering diejek ketika di sekolah tetapi kini dia bersyukur kerana nama itu membuatkan dia popular sebagai calon pilihan raya mewakili Parti NasDem.

Menurut Bobot, dua adiknya juga turut mempunyai nama yang unik. Adik perempuann­ya dinamakan Lulus Ujian Dari dan adik lelakinya pula bernama, Bibit Milinium. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR poster kempen Bobot yang popular di media sosial kerana namanya yang unik. - Agensi
GAMBAR poster kempen Bobot yang popular di media sosial kerana namanya yang unik. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia