Harian Metro

Impi album bersama

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my Salma buat kuih Ayu jadi taukeh cili Reyhana jual sambal ikan bilis

Kemunculan ramai bakat baru menerusi pertanding­an nyanyian realiti serta medium YouTube ketika ini memberikan cabaran besar buat tiga penyanyi kelahiran Sabah ini.

Ketiga-tiganya masih muda dan masing-masing berbakat besar dalam bidang nyanyian, namun setakat ini rezeki belum berpihak kepada mereka.

Inilah hakikat yang perlu diterima Salma Asis, Ayu Damit dan Reyhana Yunus.

Melihat profil mereka, masing-masing berpengala­man dan pernah menyertai pelbagai pertanding­an nyanyian realiti tanah air.

Salma dikenali kerana muncul juara program Mentor 5 di bawah didikan mentor Erra Fazira pada 2011.

Dia turut menjuarai program Tiga Juara di bawah bimbingan komposer Ajai pada 2017.

Ayu pula mencatat sejarah apabila menjuarai pertanding­an nyanyian One in a Million musim kedua pada 2008.

Reyhana pula muncul tempat ketiga Bintang RTM 2007 serta pernah menyertai pertanding­an nyanyian One In A Million pada 2009.

Ketika ditemui barubaru ini, mereka berkongsi impian untuk berganding­an menghasilk­an album istimewa bakat kelahiran Borneo.

“Perkara ini pernah kami bincangkan sebelum ini. Alangkah gembiranya jika ia jadi kenyataan.

“Cuma, isunya kami berdepan masalah modal. Sekiranya ada mana-mana pihak berminat untuk menaja, kami amat berbesar hati,” kata Ayu.

Menyedari tidak boleh bergantung harap pada kerjaya nyanyian sepenuhnya, mereka mencari alternatif lain dengan menceburi bidang perniagaan.

Salma yang kini hadir dengan single terbaru berjudul Stop Love ciptaan Ajai berkata, dia sibuk dengan perniagaan kudapkudap hasil air tangannya.

“Tahun lalu saya tampil dengan single Akhirnya Cinta ciptaan Ajai. Sekarang saya bekerjasam­a lagi dengannya menerusi single terbaru ini.

“Ini lagu rancak dan satu kelainan yang saya ketengahka­n. Alhamdulil­lah, impian untuk tampil lagu konsep sebegini akhirnya jadi kenyataan.

“Selain itu, saya aktif buat kuih yang dikenali sebagai kudap-kudap sebagai pendapatan tambahan. Syukur, sambutan yang diterima daripada pelanggan amat menggalakk­an,” katanya yang bernaung di bawah syarikat Wake The Baby milik Ajai.

Ayu yang pernah tampil dengan single Dari Hati memberitah­u dia mengusahak­an tanaman cili padi di Hulu Langat dan menjual cili jeruk.

“Awalnya saya usahakan tanaman cili padi saja tapi kini ia dikembangk­an pula kepada cili dan terung sebagai sistem giliran.

“Sebelum ini saya buat di bawah syarikat lain tapi sekarang saya uruskan sendiri sepenuhnya bersama suami. Cuma, tanah empat ekar disewa daripada orang lain.

“Alhamdulil­lah, hasil yang diraih amat lumayan. Untuk cili, kena tunggu enam bulan untuk dapat hasil. Saya ambil inisiatif buat cili jeruk UG yang dipasarkan di pelbagai lokasi,” katanya yang belajar sendiri cara menghasilk­annya.

Reyhana mengakui lagunya Saya Sayang Awak ciptaan Eddie Hamid yang diterbitka­n pada

2013 agak popular namun ia belum cukup untuk memperkena­lkan namanya kepada peminat.

“Mungkin rezeki belum berpihak kepada saya, kerana itu saya buat keputusan untuk jual sambal bilis jenama Hantu Sambal.

“Sebelum ini saya ada buat perniagaan lain tapi memandangk­an hantu sambal dapat sambutan, saya fokus yang ini saja.

“Apapun minat menyanyi tak pernah berkubur dan saya pasti akan muncul dengan single baru satu hari nanti,” katanya.

 ?? FOTO: ?? AYU taukeh tanaman cili dan cili jeruk. SALMA beruntung kerana suaminya, Azri Abdullah turut membantuny­a dalam perniagaan. REYHANA gembira sambal ikan bilis buatannya mendapat sambutan.
FOTO: AYU taukeh tanaman cili dan cili jeruk. SALMA beruntung kerana suaminya, Azri Abdullah turut membantuny­a dalam perniagaan. REYHANA gembira sambal ikan bilis buatannya mendapat sambutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia