Harian Metro

MENGIMBAU ZAMAN KANAK- KANAK

-

Garapan seni lukis berkenaan kehidupan zaman kanak-kanaknya di Taiping, Perak mencuri perhatian banyak pihak.

Itu antara usaha dilakukan pelukis berbakat besar, Hock Aun Teh yang dilahirkan dan dibesarkan di daerah berkenaan kemudian berhijrah ke Glasgow, Scotland selama 45 tahun.

Bakat dalam seni tidak boleh dinafikan kerana hasil sentuhanny­a itu mampu memukau pandangan peminatnya yang terdiri daripada pelbagai golongan termasuk kelas elit di Eropah.

Melayari pengalaman hidup sebagai seorang artis di bumi asing tidak sesekali mampu menidakkan kerinduan zaman kanakkanak­nya di Taiping.

Menginjak usia 68 tahun, buat kali kedua lelaki ini mempersemb­ahkan karya lukisan abstrak di Balai

Seni Negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia