Harian Metro

Elemen sawah padi, mandi sungai

- DARI MUKA 44

Bercerita berkenaan 73 karya seni Hock itu, Kurator dan Ketua Unit Komunikasi Korporat Balai Seni Negara, Norbai’dah Ambak berkata, semua karya beliau yang dipersemba­hkan kali ini dibuat baru dan mengangkat tajuk Kenangan Zaman Kanak-kanak.

Beliau berkata, tidak sekadar mengetenga­hkan hasil seni di atas kanvas bagi menceritak­an zaman kanak-kanaknya, malah artis itu turut mempamerka­n beberapa arca abstrak berkisarka­n perkara yang berlaku dalam hidupnya ketika kecil di Taiping.

“Bagi mereka yang menyukai karya abstrak, pameran Hock yang berlangsun­g hingga 15 Mac ini adalah sesuatu yang menarik untuk dihayati kerana setiap hasil seninya mengajak pengunjung untuk mentafsirk­an maksud ingin disampaika­n.

“Anda yang pertama kali melihat karya abstrak mungkin menilai hasil seni itu sebagai satu contengan atau rekaan tidak bermakna, tapi setiap warna dan bentuk dilakarkan mempunyai erti tersendiri mengikut tema yang ingin diangkat pengkarya seperti Hock,” katanya.

Bagaimanap­un, bagi yang ingin melihat hasil seni abstrak itu, usah khuatir tidak memahami erti yang ingin disampaika­n Hock kerana setiap karya dipersemba­hkan turut mempunyai penerangan.

Sepanjang karyanya berada di galeri itu, ternyata Hock membawa pengunjung mendekati kehidupann­ya pada zaman kanak-kanak yang penuh warna-warni seperti elemen sawah padi, lampu karbait, minyak tanah, mandi di terusan dan sungai.

Namun bukan mudah untuk membuat andaian maksud yang ingin disampaika­n kerana ceritanya hanya bersandark­an warna berlapis yang tidak mempunyai corak khusus kerana pengkarya seni abstrak seperti Hock mempunyai interpreta­si tersendiri men- ggambarkan zaman kanakkanak­nya.

Di satu ruang lain, dapat dilihat juga arca abstrak yang unik. Dari mata kasar, karya itu seakan susunan arca yang berterabur tetapi apabila dilihat secara halus, sebenarnya ia mempunyai maksud tersendiri.

Apatah lagi karya seni abstrak Hock turut mempamerka­n bahan digunakann­ya untuk menghasilk­an karya seni iaitu jenis berus dan beberapa helaian draf lukisan.

Pengunjung juga dapat melihat bagaimana Hock menghasilk­an karya menerusi tayangan video yang dimainkan.

Daripada tayangan itu, kita dapat melihat kesungguha­n artis melimpahka­n idea ke atas sebuah kanvas putih yang akhirnya tercipta sebuah kisah peribadi untuk diterjemah­kan penonton secara halus.-Hafiz Ithnin

Setiap warna dan bentuk dilakarkan mempunyai erti tersendiri mengikut tema yang ingin diangkat pengkarya seperti Hock

 ?? FOTO ?? 1. HOCK antara artis abstrak mempunyai persembaha­n karya yang ‘tinggi.’
2. ARCA abstrak yang menceritak­an kisah kanak-kanak Hock di Taiping.
3. PELBAGAI alat yang digunakan artis untuk menghasilk­an karya.
4. BERMAIN pelbagai warna dan bentuk lukisan yang menceritak­an berkenaan ular.
FOTO 1. HOCK antara artis abstrak mempunyai persembaha­n karya yang ‘tinggi.’ 2. ARCA abstrak yang menceritak­an kisah kanak-kanak Hock di Taiping. 3. PELBAGAI alat yang digunakan artis untuk menghasilk­an karya. 4. BERMAIN pelbagai warna dan bentuk lukisan yang menceritak­an berkenaan ular.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia