Harian Metro

Kongsi kegembiraa­n Tahun Baharu Cina di pusat jagaan

-

Meraikan kemakmuran dan kejayaan sempena Tahun Baharu Cina, McDonald’s Malaysia meneruskan inisiatif tahun ketiga apabila berkunjung ke lebih 60 pusat jagaan warga emas di seluruh negara.

Lawatan berkonsepk­an kebahagiaa­n ini bertujuan membawa keceriaan dalam kalangan warga emas yang menghuni pusat jagaan berkenaan, seterusnya mewujudkan semangat perpaduan rakyat Malaysia penuh harmoni.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Azmir Jaafar berkata, perkataan kemakmuran bukan sekadar kekayaan harta benda bahkan ia membabitka­n nikmat kegembiraa­n ketika meluangkan masa bersama rakan dan keluarga, termasuk melakukan kebaikan kepada insan lain.

Katanya, usaha dilakukan ini diharap dapat mencetuska­n keceriaan di pusat jagaan berkenaan dan memeriahka­n lagi sambutan Tahun Baharu Cina.

Lawatan ke pusat jagaan orang tua ini dimulakan sejak 21 Januari hingga 20 Februari nanti bersama warga kerja McDonald’s dan sukarelawa­n yang terdiri daripada orang awam.

Selain meluangkan masa dan melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama penghuni, warga kerja McDonald’s dan sukarelawa­n turut serta menggaul yee sang iaitu hidangan simbolik sambutan Tahun Baharu Cina.

 ??  ?? MENGGAUL yee sang bersama penghuni pusat jagaan warga emas.
MENGGAUL yee sang bersama penghuni pusat jagaan warga emas.
 ??  ?? WARGA emas tidak melepaskan peluang untuk mengguntin­g rambut sempena Tahun Baharu Cina.
WARGA emas tidak melepaskan peluang untuk mengguntin­g rambut sempena Tahun Baharu Cina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia