Harian Metro

PNB serah sumbangan bantuan persekolah­an

-

Menerusi Program Bantuan Khas Persekolah­an

2019, Permodalan

Nasional Berhad (PNB) menyerahka­n sumbangan wang tunai kepada 317 anak rakan sekerja bukan eksekutif PNB.

Di bawah program berkenaan, pelajar akan menerima wang sumbangan sebanyak RM250 yang dikreditka­n ke dalam akaun rakan sekerja bukan eksekutif PNB selaku ibu bapa kepada penerima.

Menerusi sumbangan itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad yang menyerahka­n sumbangan berharap ia dapat dimanfaatk­an sebaiknya sebagai persediaan persekolah­an anak sekali gus menjadi pemangkin kecemerlan­gan akademik mereka.

PNB menetapkan strategi tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang menjadi sebahagian daripada keutamaan budaya organisasi.

Rangka kerja CSR PNB memberi tumpuan kepada penyampaia­n objektif sosial yang dikategori­kan kepada tiga tunggak utama, literasi kewangan, pendidikan dan sikap dermawan.

 ??  ?? SERAMAI 317 pelajar menerima sumbangan Program Bantuan Khas Persekolah­an 2019 daripada PNB.
SERAMAI 317 pelajar menerima sumbangan Program Bantuan Khas Persekolah­an 2019 daripada PNB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia