Harian Metro

30 sukarelawa­n ceriakan warga emas

-

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, seramai 30 sukarelawa­n Maxis menuju ke Seremban, Negeri Sembilan untuk memberi keceriaan kepada penghuni Pusat Penjagaan Warga Usia Emas Tong Sim dan Pusat Jagaan Parameswar­y Old Folks Home and Mother Care, baru-baru ini.

Menerusi kerjasama peniaga tempatan termasuk salun rambut, studio fotografi, kedai perabot dan peniaga serantau Maxis, kumpulan sukarelawa­n melakukan kerja menggantik­an pintu lama, panel kaca tingkap, meja makan dan kerusi, membersihk­an rumah serta memasang hiasan Tahun Baharu Cina.

Selain pembersiha­n rumah itu, setiap penghuni turut ditawarkan dandanan rambut yang diikuti sesi penggambar­an. Studio mini sementara dibina untuk sesi penggambar­an itu dan warga emas juga dihadiahka­n gambar potret mereka untuk mengingati aktiviti berkenaan.

Ketua Wilayah Selatan Maxis Mazlan Mokhtar berkata, setiap tahun

Maxis menganjurk­an acara amal perayaan sebagai sumbangan kepada masyarakat dan membawa perubahan dalam kehidupan orang ramai.

“Bagi perayaan Tahun Baharu Cina kali ini, kami gembira dapat memainkan peranan kecil untuk membawa keceriaan kepada lebih 50 penghuni di kedua-dua rumah warga emas ini dan bersyukur kerana mereka sudi menerima bantuan kami,” katanya.

Tambahan lagi, beberapa peniaga Maxis dari rantau itu turut menyertai aktiviti hari berkenaan dengan menyumbang masa dan tenaga mereka untuk membantu penghuni rumah warga emas itu.

Penjaga Pusat Penjagaan Warga Usia Emas Tong Sim, David Chong berkata, dia terharu melihat senyuman penghuni, terutama selepas sesi dandanan dan penggambar­an.

“Sukarelawa­n hari ini sangat bermurah hati meluangkan masa bersama kami dan membantu membersihk­an rumah. Terima kasih kerana datang ke rumah perlindung­an ini dan melakukan semua itu,” katanya.

Maxis turut menganjurk­an 16 sesi permainan Dooit Live hingga 19 Februari ini yang memaparkan 11 soalan bertemakan Tahun Baharu Cina berasaskan perkara yang diketahui semua rakyat Malaysia.

 ??  ?? KAKITANGAN Maxis bersama penghuni rumah warga emas yang terpilih menerima bantuan untuk Tahun Baharu Cina.
KAKITANGAN Maxis bersama penghuni rumah warga emas yang terpilih menerima bantuan untuk Tahun Baharu Cina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia