Harian Metro

Ligat intai peluang

-

amat tinggi di bandar besar seperti di Kuala Lumpur ramai yang ingin mencari pendapatan sampingan.

Jadi, saya sedia membantu mereka dengan modal yang rendah.

“Bagi saya, tujuan berniaga bukan sematamata untuk keuntungan. Saya ingin membantu pelajar dan suri rumah yang mahu mencari pendapatan sampingan untuk menampung kehidupan mereka yang mencabar. Kalau boleh, saya juga mahu melihat lebih ramai golongan muda khususnya yang beragama Islam untuk menjadi peniaga dan usahawan.

“Jika kita dapat memakmurka­n ekonomi masyarakat dengan cara yang mematuhi syariah maka akan kuranglah pelbagai masalah sosial yang membabitka­n isu kewangan kerana saya lihat banyak kes jenayah disebabkan desakan hidup,” katanya.

Dalam usaha membantu orang lain, ibu muda kepada seorang cahaya mata berusia setahun tujuh bulan ini berpendapa­t dia perlu mengukuhka­n sumber kewanganny­a dan menambah pengalaman perniagaan­nya terlebih dulu. Oleh itu, tidak hairanlah jika dia ligat mengintai dan mencari peluang.

Tidak kira berapa sibuk, dia tetap mencuri masa membuka gerai jualan di kolej, universiti, pejabat dan hospital. Tidak cukup dengan itu, Nur Putri Aina turut mengusahak­an pelbagai produk makanan seperti pastri dan kek selain menerima tempahan katering.

Di samping membuka gerai jualan, wanita ini juga mengambil vendor makanan yang berminat untuk meletakkan produk mereka sebagai satu cara membantu pengusaha lain berkongsi rezeki.

Terasa lelah mendengar Nur Putri Aina menyenarai­kan jadual hariannya yang padat. Mana tidaknya, selain ligat berniaga, dia perlu menunaikan tanggungja­wabnya sebagai isteri, ibu dan pelajar.

Bahkan, dia mahu menjadi teladan kepada adiknya bahawa seseorang itu boleh menjalanka­n pelbagai kerja dalam satu masa dengan baik.

Dari mana datangnya kekuatan ini? Mungkin ada yang berkata, dia boleh melakukan semua itu kerana umurnya yang masih muda. Nur Putri Aina tersenyum mendengar pertanyaan ini dan mengakui tanpa perancanga­n rapi, tidak mungkin dia mampu menguruska­n rutin hariannya dengan baik.

Katanya, dia membahagik­an masa antara berniaga dan belajar dengan menyusun jadual hariannya sebaikbaik­nya. Namun dia beruntung kerana ibu, Aslina Kamarudin, 45, juga banyak membantu melicinkan perjalanan perniagaan­nya itu.

Aina berkata, keluarga adalah tunjang kekuatanny­a yang banyak memberi sokongan baik dalam pelajaran mahupun perniagaan.

Baik suami, ibu bapa dan adiknya, insan inilah yang banyak memberi nasihat serta kata-kata semangat untuk terus berjaya dalam bidang diceburi.

“Sebagai anak sulung saya perlu membantu keluarga dan buktikan kepada mereka saya boleh berjaya. Disebabkan amat meminati bidang perniagaan, ia lebih memudahkan saya fokus dengan apa yang saya buat sekarang.

“Adatlah dalam berniaga mesti ada pahit dan manisnya. Banyak dugaan dan cabaran yang perlu saya tempuh untuk mencapai kejayaan tapi itu tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus memajukan bisnes kecilkecil­an ini,” katanya.

Menurutnya, dia tidak pernah terfikir penjualan coklat membolehka­nnya memperoleh pendapatan ribuan ringgit malah kadang-kadang lebih daripada itu hingga membulatka­n tekadnya untuk turut membantu orang lain menambah rezeki.

Sebagai anak pula, katanya, tentu berhasrat mahu membantu ibu bapa dan memberi kesenangan selagi mereka masih ada. Sebab itu dia berusaha keras sehingga kini untuk mencapai impian dan membantu orang lain melalui usaha kecil ini.

Sibuk bekerja, belajar dan berniaga, bila pula dia meluangkan masanya untuk berseronok? Sambil tersenyum dia menjawab, keseronoka­n itu ada dalam semua perkara yang dilakukann­ya kerana ia berlandask­an pada minatnya untuk berniaga.

 ??  ?? IBU, Aslina Kamarudin (kiri) sentiasa menjadi penyokong kuat Nur Putri Aina meniti
kejayaan.
IBU, Aslina Kamarudin (kiri) sentiasa menjadi penyokong kuat Nur Putri Aina meniti kejayaan.
 ??  ?? PRODUK coklat Aina membantu ramai suri rumah dan pelajar tambah
pendapatan.
PRODUK coklat Aina membantu ramai suri rumah dan pelajar tambah pendapatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia