Harian Metro

‘USAH BAZIR PELUANG’

-

Madrid

ami perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan. Kami perlu bertahan baik dan mengambil kesempatan atas apa saja peluang yang ada,” kata penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois mengenai aksi kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Ajax, awal pagi esok.

“Ajax adalah lawan yang sukar untuk dijinakkan tetapi kami sangat berharap dapat mengalahka­n mereka. Perlawanan akan bersifat terbuka dan saya jangkakan peminat akan dapat menyaksika­n aksi yang hebat kerana Ajax memiliki falsafah bola sepak yang bagus dan mereka juga tidak suka bertahan.”

Real sering mendominas­i saingan Liga Juara-Juara dan Courtois yang baharu setahun bersama kelab gergasi Sepanyol itu enggan terbawa-bawa dengan fakta berkenaan.

Bagi Courtois, faktor itu adalah disebabkan kualiti pemain yang dimiliki Real selain keinginan pasukan untuk mencatat keputusan baik pada saingan elit Eropah berkenaan.

Dia juga mendedahka­n, rakan sepasukann­ya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa saja sasaran yang ditetapkan pengurusan, termasukla­h

Liga Juara-Juara.

“Mengenai pertemuan menentang

Ajax, pasukan itu bukan calang-calang.

Mereka menggabung­kan pemain muda dan berpengala­man. Bukan mudah untuk mengalahka­n mereka,” katanya.

Mengenai posisinya sebagai penjaga gol kelab sehebat Real, Courtois berkata, setiap pemain yang mengisi posisi berkenaan adalah benteng terakhir pasukan dan justeru, bukan sedikit tekanan yang mereka hadapi.

Setiap penjaga gol tidak boleh melakukan kesilapan kerana setiap kesalahan yang dilakukan, jawapannya adalah gol buat lawan.

“Tekanan yang dihadapi semua penjaga gol adalah sama. Begitu juga di Real. Saya tidak fikir tekanan itu berbeza. Saya berada di kelab yang dilabel sebagai antara terbaik di dunia dan ramai yang menyaksika­n perlawanan membabitka­n Madrid.

“Bagaimanap­un, tidak kira anda menjadi penjaga gol buat mana-mana pasukan sekalipun, tekanannya tetap hebat,” katanya.

 Courtois gesa rakan fokus layan Ajax sepanjang aksi 90 minit

Courtois berkata, semua pemain Real akan melihat rakaman video mengenai pelbagai taktik ketika bertahan, menyerang dan bermain sebagai satu pasukan.

“Itulah cara yang sering kami lakukan. Tidak kira ia untuk saingan Liga Juara-Juara atau perlawanan domestik. Saya fikir, ia amalan biasa buat semua pasukan,” katanya. London: Mauricio Pochettino berdepan saat paling genting sepanjang kariernya selaku pengurus Tottenham apabila terpaksa berdepan Borussia Dortmund dalam usaha

meme-

 ?? Thibaut Courtois ?? PEMAIN Real mahu kutip bekalan selesa sebelum aksi di Santiago Bernabeu. Ajax adalah lawan yang sukar untuk dijinakkan tetapi kami sangat berharap dapat mengalahka­n mereka. Perlawanan akan bersifat terbuka dan saya jangkakan peminat akan dapat menyaksika­n aksi yang hebat” PEMAIN Spurs berdepan tugas getir layan Dortmund di Wembley.
Thibaut Courtois PEMAIN Real mahu kutip bekalan selesa sebelum aksi di Santiago Bernabeu. Ajax adalah lawan yang sukar untuk dijinakkan tetapi kami sangat berharap dapat mengalahka­n mereka. Perlawanan akan bersifat terbuka dan saya jangkakan peminat akan dapat menyaksika­n aksi yang hebat” PEMAIN Spurs berdepan tugas getir layan Dortmund di Wembley.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia