Harian Metro

Sancho tak sabar jumpa Spurs

-

lang kepada usaha Pochettino yang mahu melangkah ke suku akhir Eropah buat kali pertama pada musim terakhirny­a di kelab utara London berkenaan.

Pochettino masih belum mengucup sebarang piala sejak bergelar jurulatih dan beliau juga dikaitkan dengan perpindaha­n ke Manchester United hujung musim ini.

Bagaimanap­un, jika dilihat kepada apa yang sudah diberikan Ole Gunnar Solskjaer setakat ini, bekas penggempur United itu mungkin dilantik selaku pengurus tetap.

Dilabel sebagai kurang menyerlah kerana sering bergelut untuk menyelinap ke dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris sebelum ini, Pochettino pula mengubah faktor itu dan beliau berjaya mengubah apa yang berlaku ke atas pasukannya.

“Kami bangga dengan apa yang berlaku ke atas pasukan ketika ini dan prestasi pemain juga meningkat secara mendadak,” kata Pochettino.

“Kami menunjukka­n karektor yang baik dan kami juga memiliki kualiti hebat. Kami tidak bermasalah menentang kelab besar dan semakin hampir berada di puncak.

“Kami harap dapat meneruskan persembaha­n seperti ini dan terus bersaing di kejohanan besar.”

Begitupun, apa yang heboh diperkatak­an ketika ini ialah mengenai potensi sebenar di bawah kendalian Pochettino di mana mereka hanya mampu memenangi tiga piala sejak 28 tahun lalu. - AFP Dortmund, Jerman: Jadon Sancho menerima khabar paling gembira apabila keluarga dan rakan-rakannya bersetuju untuk hadir ke Stadium Wembley apabila pemain Borussia Dortmund itu kembali ke London untuk menentang Tottenham Hotspur.

Pemain sayap England berusia 18 tahun itu berkata, dia sudah meminta kira-kira 30 tiket khas daripada kelabnya bagi membolehka­n keluarga dan rakan-rakan rapatnya menyaksika­n perlawanan berkenaan.

“Keluarga dan sahabat saya menghantar mesej yang meminta supaya saya mendapatka­n mereka tiket perlawanan berkenaan. Saya akan bermain di depan keluarga dan semua kenalan. Ia adalah sesuatu yang besar dan sudah saya impikan sejak kecil lagi.

“Aksi ini akan berlangsun­g di Wembley. Saya tidak sabar untuk bermain.”

Sancho tampil menyinar pada perlawanan Sabtu lalu apabila menjaringk­an gol pembukaan dan membantu menghasilk­an dua lagi jaringan ketika pasukannya seri 3-3 dengan Hoffenheim pada aksi Bundesliga.

Perlawanan menentang Spurs di Wembley boleh dianggap sebagai kepulangan buat Sancho salah seorang bintang yang diharapkan Dortmund untuk menamatkan dominasi Bayern Munich musim ini.

Mengenai perlawanan itu, Sancho sudah mula menghangat­kan suasana apabila saling berbalas mesej dengan pemain tengah Spurs yang berusia 23 tahun, Harry Winks.

“Kami memang bersahabat baik. Mereka yakin akan menang dan kami juga percaya bahawa kami akan pulang sebagai pemenang,” kata Sancho.

Sancho mula belajar bermain bola sepak di jalanan iaitu di Kennington yang terletak di selatan London.

“Saya rasa itulah bermula kariernya sebahagian besar pemain bola sepak dunia - bola sepak jalanan,” katanya.

“Ketika itu, semua orang bermain tanpa rasa takut. Kami gembira dapat bermain kerana di situlah anda dapat menjadi diri sendiri.”

Sancho menyertai skuad kanak-kanak

Watford pada usia tujuh tahun tetapi berpindah ke luar negara pada usia 11 tahun untuk bersama

Akademi

Harefield.

Prestasiny­a pernah menarik minat kelab Liga Perdana, Manchester City pada Mac 2015 dan berpindah ke kelab itu pada musim 2016/17.

Bagaimanap­un, dia terpaksa meninggalk­an City selepas enggan menandatan­gani kontrak baharu kerana tidak diberi jaminan untuk lebih kerap diturunkan pasukan. - AFP

 ??  ?? POCHETTINO
POCHETTINO
 ?? Jadon Sancho ?? Saya akan bermain di depan keluarga dan semua kenalan
Jadon Sancho Saya akan bermain di depan keluarga dan semua kenalan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia