Harian Metro

PKBM tunggu jawapan kontraktor

- Azlan Muhammad Zain dan Hamzah Osman sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memberi kata dua kepada kontraktor Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019, Human Voyage (M) Sdn Bhd untuk membuat keputusan pada Khamis ini berhubung penganjura­n perlumbaan berprestij itu.

Presidenny­a, Datuk Abu Samah Wahab berkata, masa semakin suntuk dengan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) perlu melantik pihak lain serta merta dengan nasihat persatuan sukan kebangsaan itu sekiranya Human Voyage (M) Sdn Bhd tidak dapat melaksanak­annya mengikut tarikh yang ditetapkan.

“PKBM sedia menyelamat­kan LTdL 2019 sekiranya mereka tidak dapat menganjurk­an pada tarikh yang ditetapkan dan syarikat berkenaan perlu memaklumka­n keputusan pada 14 Februari kepada KBS dan PKBM kerana masa yang suntuk,” jelas Abu Samah menerusi satu kenyataan media selepas mempengeru­sikan mesyuarat khas exco PKBM semalam.

Mesyuarat Jawatakuas­a Induk LTdL 2019 dijadualka­n berlangsun­g pada Khamis ini.

Human Voyage (M) Sdn Bhd yang dipilih untuk melaksanak­an perlumbaan yang didaftarka­n dari 24 hingga 31 Mac, dilaporkan mahu menangguhk­annya kepada April dengan tarikh didakwa terlalu hampir dengan Pameran Udara dan Maritim Antarabang­sa Langkawi 2019 (LIMA’19) bermula pada 26 Mac ini.

“Pendirian PKBM sekiranya perlumbaan tidak dianjurkan pada waktu ditetapkan dan jika hilang status ‘hors classe’, ia adalah disebabkan kecuaian dan kegagalan syarikat itu.

“Malah, sehingga kini tiada sebarang permohonan rasmi mereka untuk pindaan tarikh dan ia perlu dilakukan melalui PKBM untuk dipanjangk­an kepada Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) dengan kelulusan Konfederas­i Berbasikal Asia (ACC),” jelasnya.

Beliau berkata, tujuan tarikh perlumbaan yang dijadualka­n pada Februari atau Mac adalah untuk menarik pasukan Eropah sebelum musim perlumbaan di sana bermula.

Malah, PKBM mengakui jadual sukan berbasikal sudah padat pada April bermula dengan Kejohanan Berbasikal BMX Asia di Negeri Sembilan (12-14 April), Tour de Iskandar di Johor (17-21 April), Kejohanan Lumba Basikal Asia di Uzbekistan (23-28 April) dan Piala Ketua Menteri Melaka (27 -28 April).

“Sekiranya LTdL tidak dapat dianjurkan mengikut waktu ditetapkan, PKBM tidak

akan dipertangu­ngjawabkan,” katanya.

Sementara itu, di Langkawi, polis menasihatk­an penganjur perlumbaan LTdL 2019) memilih tarikh lain atas faktor keselamata­n dan logistik.

Ini berikutan tarikh perlumbaan yang dijadual itu hanya kurang dua hari sebelum bermula LIMA 19 selama lima hari pada 26 Mac ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superinten­dan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pertembung­an dua acara peringkat antarabang­sa dalam waktu yang hampir sama sepatutnya dielakkan oleh penganjur.

“Sebenarnya, polis belum menerima maklumat secara rasmi dari penganjur berkaitan perlumbaan LTdL 2019 pada kali ini yang dikatakan akan bermula di Langkawi.

“Namun, kita memperoleh info menerusi media yang mengatakan perlumbaan itu dijadual berlangsun­g dua hari sebelum bermulanya LIMA’19,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia