Harian Metro

Muntah

- Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

 Khuzaimie imbau detik cemas berdepan Semut Merah

“Tendangan padu salah seorang pemain The Red Ants menyebabka­n saya mengeluark­an muntah lendir ketika dibawa keluar dari padang permainan,” kata bek kental Melaka United (MU) Ahmad Khuzaimie Piee menceritak­an insiden cemas ketika berdepan PKNS di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Dia yang terkena bola yang menuju tepat ke rusuk berhampira­n dada kanannya terpaksa dikejarkan ke Hospital Shah Alam akibat insiden terbabit.

Katanya, situasi cemas dan tidak menentu itu menyebabka­n pandangann­ya kabur dan gelap dalam sekelip mata.

“Saya pengsan akibat situasi itu dan dibawa menaiki ambulans ke hospital. Namun saya bersyukur selepas diberi bantuan penafasan dan oksigen saya mula sedar dalam perjalanan untuk mendapat rawatan lanjut.

“Inilah kali pertama saya pengsan akibat bermain bola. Saya berterima kasih dengan bantuan pantas pihak terbabit termasuk unit kesihatan, pegawai perlawanan, keselamata­n, individu dan pihak hospital yang memberi bantuan segera,” katanya.

Menurutnya, keprihatin­an semua pihak termasuk pengurusan dan peminat memberi kekuatan dan semangat tinggi untuk segera pulih.

Namun, apa yang mengembira­kannya apabila tiada kecederaan serius dialami selepas pemeriksaa­n lanjut dibuat termasuk menjalani ujian x-ray.

Malah, dia bersyukur kerana tidak mengalami retak tulang atau kesan negatif akibat hentakan bola ke rusuknya dalam kejadian luar jangkaan itu.

“Bagaimanap­un, rasa sakit itu masih ada di bahagian dada, tetapi yakin ia akan pulih sedikit masa lagi.

“Saya juga sudah mula menjalani latihan ringan petang tadi (kelmarin) di Melaka bagi membantu proses pemulihan,” katanya.

Dalam perlawanan itu, MU menewaskan PKNS 1-0. Kuala Terengganu: Penjaga gol muda Terengganu FC (TFC), Muhammad Ilham Amirullah Razali sedia berdepan ‘peluru’ daripada penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi ketiga saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Jumaat ini.

Bekas penjaga gol Negeri Sembilan musim lalu kelahiran Dungun yang lebih mesra dipanggil Ang menyatakan, dia tidak gentar dengan reputasi skuad Harimau Selatan itu sebaliknya teruja biarpun skuad bimbingan Luciano Figueroa itu dibarisi pemain termahal Liga Malaysia (Liga M).

“Jika diberi tugas sebagai penjaga gol utama oleh jurulatih bertemu JDT nanti, saya sudah bersedia memikul amanah itu dengan sebaik mungkin sebagaiman­a ketika turun sebagai pemain gantian bertemu Pahang Sabtu lalu. “Selain tidak mahu pintu gol dibolosi oleh penyerang skuad JDT itu, saya berazam untuk membantu pasukan mencatat kemenangan pertama dalam saingan liga kerana sasaran kami adalah tiga mata apatah lagi beraksi di tempat sendiri.

“Walaupun misi itu diakui perit memandangk­an skuad JDT pasti mempunyai motivasi tinggi selepas mencatat kemenangan kedua berturut-turut, dalam bola sepak apa-apa pun boleh berlaku dan TFC sudah buktikan pada musim lalu,” kata Ilham yang mengakui teruja jika diberi peranan itu.

Ketika ditanya adakah dia gugup selepas diturunkan sebagai penjaga gol gantian bertemu skuad Tok Gajah sebelum pasukannya tewas 0-3 kepada skuad itu, pemain yang baharu menamatkan zaman bujangnya dengan gadis kelahiran Tampoi Johor, Nurfatimat­ulzahra Ishak itu menepis dakwaan berkenaan.

“Saya masih OK, tidak gugup, lagipun pengalaman yang dikutip ketika menyarung jersi pasukan T-Team, FELDA United dan Harimau Muda begitu berharga serta bermakna buat saya untuk beraksi lebih baik di benteng terakhir,” kata pemain berusia 25 tahun yang berketingg­ian 1.80 meter itu.

 ??  ?? KHUZAIMIE (kanan) pengsan selepas terkena bola yang menuju tepat ke rusuknya.
KHUZAIMIE (kanan) pengsan selepas terkena bola yang menuju tepat ke rusuknya.
 ??  ?? ILHAM selamat mendirikan rumah tangga bersama Nurfatimat­ulzahra.
ILHAM selamat mendirikan rumah tangga bersama Nurfatimat­ulzahra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia