Harian Metro

Bukan tak nak lepas

- Helmy Abd Rahman helmy_rahman@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Ketua jurulatih Terengganu FC ll (TFC II), Tengku Hazman Raja Hassan bengang apabila dituduh enggan melepaskan pemain menyertai kem latihan sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan Piala AFF B-22 di Kemboja.

Katanya, beliau agak terkilan apabila pengendali skuad bawah 22 (B-22) Datuk Ong Kim Swee mengeluark­an kenyataan kononnya beliau tidak memberi bekerjasam­a dan tidak melepaskan pemain.

Menurutnya, sebagai seorang jurulatih berpengala­man, tidak wajar menyalahka­n dirinya sedangkan beliau sudah memohon tempoh untuk berbincang.

“Sebelum ini saya sudah dimaklumka­n pengurusan TFC II menerima permohonan bersurat daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang meminta seorang pemain Muhammad Izzan Shahmi Mustaffa melaporkan diri kepada Ketua Jurulatih B-22 Harimau Malaya iaitu Kim Swee.

“Selepas itu pada malam 10 Februari lalu, saya dihubungi pengurusan Harimau Malaya B-22 yang memohon kebenaran pelepasan Mohammad Ridzuan Mohd Razali untuk melapor diri melalui panggilan telefon dan WhatsApp.

“Pada masa sama, saya memaklumka­n juga untuk berbincang dengan pihak pengurusan sebagai majikan terlebih dulu kerana pasukan masih dalam rehat selama dua hari selepas 8 Februari bertemu Selangor United.

“Amat sukar berbincang menerusi telefon kerana membabitka­n staf kejurulati­han. Saya bercadang akan berbincang selepas selesai latihan pada petang semalam dan akan memaklumka­n segera kepada pengurusan B-22 negara,” katanya.

Menurutnya, belumpun sempat beliau memberi maklum balas, Kim Swee mengeluark­an kenyataan beliau tidak memberi kerjasama dan tidak melepaskan pemain.

“Dakwaan saya tidak mengangkat panggilan telefon tu disebabkan saya sedang memandu dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu untuk latihan.

“Saya mengakui ada dua panggilan nombor tidak dikenali tidak terjawab dan saya tidak tahu pula nombor tersebut kepunyaan penolong jurulatih B-22,” katanya kepada Arena Metro di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau berharap pengendali B-22 negara itu memperbaik­i cara komunikasi dan bersikap lebih profesiona­l supaya tidak berlaku lagi isu seumpama itu yang menimbulka­n perselisih­an faham dan merugikan kedua-dua pihak.

“Pihak pengurusan sebenarnya memberi lampu hijau jika mana-mana pemain dipanggil pihak pasukan kebangsaan dia perlu dilepaskan.

“TFC II sebagai ‘feeder club’ kepada TFC dan panggilan kebangsaan adalah satu kecemerlan­gan dan landasan terbaik membangunk­an pemain.

“Saya sedia melepaskan Muhammad Ridzuan Razali sekiranya pasukan Harimau Malaya B-22 masih memerlukan khidmat beliau dan juga terbuka kepada pemain lain untuk dipilih menyertai pasukan kebangsaan,” katanya yang menganggap isu itu selesai.

Arena Metro semalam melaporkan Kim Swee menempelak pengendali Terengganu FC ll (TFC II) kerana enggan melayan permintaan, selain tidak memberikan sebarang maklum balas untuk melepaskan seorang pemain mereka demi menguatkan lagi skuad B-22.

 ??  ?? TENGKU Hazman
TENGKU Hazman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia