Harian Metro

Realisasik­an segera!

- Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@hmetro.com.my

 Cadangan wujud Tabung RM1 disambut baik rata-rata bekas pemain terbelengg­u masalah tunggakan gaji

Cadangan mewujudkan Tabung RM1 bagi mengumpul sumbangan warga bola sepak disambut baik bukan saja bekas pemain yang dibelenggu masalah tunggakan gaji, malah pemain veteran.

Mereka menyifatka­n idea Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) itu tepat pada masanya dan diyakini boleh membantu meringanka­n beban pemain terbabit.

Bekas pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hazwan Fakrullah Mohd Zuridi, 28, berkata, dia kini masih menunggu bekas majikan melangsaik­an tunggakan gajinya selama enam bulan kira-kira RM48,000.

“Sebelum ini, mereka (bekas majikan) janji untuk langsaikan tunggakan gaji saya pada Januari. Kemudian tangguh pada Februari dan terbaru pada Mac pula kerana menunggu geran daripada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia).

“Keadaan ini menyebabka­n saya terbeban kerana tiada sumber pendapatan dan ambil keputusan bekerja dengan syarikat pembersiha­n bagi menampung perbelanja­an.

“Jika tabung ini diwujudkan, sedikit sebanyak boleh bantu bekas pemain seperti saya yang tiada sumber pendapatan lain selain bermain bola sepak ,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Menurutnya, sebelum menyertai PDRM pada 2017, dia bermain dengan Kuantan FA selama tiga tahun bermula 2013 dan turut berdepan masalah sama apabila gajinya kira-kira RM14,000 tertunggak selama dua bulan setengah.

“Saya kini jadi takut bermain bola sepak lagi walaupun masih mendapat tawaran daripada PDRM,” katanya.

Bekas rakan sepasukann­ya, Mohd Kamal Rodiarjat Mat Ali, 32, berharap Tabung RM1 dapat direalisas­ikan bagi membantu pemain yang dibelenggu isu tunggakan gaji yang lama. “Macam tidak adil jika dilihat isu ini (tunggakan gaji). Dulu pemain dijulang, sekarang apabila sakit dan berdepan masalah tunggakan gaji dibiarkan begitu saja. Berbanding pemain bola sepak di luar negara, nasib mereka lebih terbela. Bagaimana liga kita nak profesiona­l?

“Saya berpendapa­t tabung seperti ini bertujuan jaga kebajikan pemain baik jika diwujudkan, namun untuk bayar gaji tidak sesuai ibarat ‘orang lain berak, orang lain cuci,” katanya.

Menurutnya, PDRM berhutang RMRM54,000 untuk gajinya selama enam bulan, manakala Kuantan FA pula kira-kira RM15,000 untuk dua bulan setengah.

Sementara itu, bekas pertahanan Johor, Azmil Azali berkata, dalam keadaan banyak pasukan negeri dan kelab dalam Liga Malaysia menghadapi masalah pembayaran gaji, langkah mewujudkan tabung khas itu amat baik. “Terlalu banyak negeri atau kelab menghadapi masalah kewangan meruncing untuk membayar gaji pemain, jadi tabung khas ini serba sedikit boleh bantu pemain walau hanya dapat bantuan tidak penuh daripada gaji.

“Perkataan ‘kasihan pemain’ sangat hadam untuk situasi sekarang buat pemain yang masih atau terus tidak menerima gaji mereka mengikut kontrak yang ditandatan­gani semasa awal musim.

“Tambahan pula setiap pemain ada komitmen lain untuk diselesaik­an, jadi tabung ini dapat membantu meringanka­n beban mereka,” katanya. Kem skuad Bawah 22 (B-22) mungkin ‘tempang’ di bahagian tengah apabila tonggak mereka, Nik Akif Syahiran Nik Mat cedera dan kemungkina­n tidak dapat menyertai latihan pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan AFF B-22 di Kemboja, Ahad ini.

Nik Akif Syahiran yang juga pemain Kelantan berkata, dia mengalami kecederaan lutut kanan ketika menentang Sabah minggu lalu sekali gus tidak dapat menyertai latihan bersama rakannya lain.

Katanya, walaupun mengetahui harapan tinggi diletakkan di bahunya berikutan kekurangan pemain di bahagian tengah namun percaya ada pemain lain yang boleh menggalas tanggungja­wab terbabit.

“Seperti kita tahu ada beberapa pasukan yang enggan melepaskan pemain dan mereka itu antara tonggak yang akan bermain di bahagian tengah.

“Oleh itu, berharap pengendali dapat mencari pemain tengah lain bagi menguatkan lagi pasukan dan pada masa sama berharap kecederaan ini dapat pulih secepat mungkin,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di padang Majlis Sukan

Negara (MSN), di Bukit

Jalil, semalam.

Nik Akif Syahiran berkata, keserasian antara pemain lama dan baharu mampu menguatkan lagi skuad negara dan diharap tiada masalah berdepan tuan rumah pada perlawanan pertama nanti.

 ??  ?? NIK Akif
NIK Akif

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia